Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Sinopsis : 

Kapal layar yang didaftarkan di Singapura hanyut di persisiran negeri Johor dengan mayat sebuah keluarga warga Indonesia di atas kapal tersebut. Hasil dari penyiasatan pembunuhan bersiri yang menyusuli kejadian ini, watak-watak dalam kisah ini terperangkap dalam pengkhianatan, tipu muslihat dan tragedi peribadi. Lebih gelap dan lebih rumit daripada musim sebelumnya, musim baru ini disulami dengan tema rasuah, dendam dan berlatar-belakangkan dunia gelap yang sinonim di rantau Asia.

Review Season 2 :

15 Jun yang lalu Viu telah menayangkan kesinambungan The Bridge iaitu The Bridge Musim 2 kini telah boleh ditonton 10 episode kesemuanya di aplikasi Viu. Mengikuti perkembangan The Bridge sejak musim pertama membuatkan tidak sabar untuk kami menonton musim yang kedua.Boleh dikatakan penantian untuk musim kedua ini sangat berbaloi.Nak tahu sebab apa kami katakan ianya berbaloi?


Yang pertama The Bridge Musim 2 masih menampilkan aktor utama yang sama Bront Palarae dan Rebecca Lim.Seperti kita tahu duo ini sangat menarik dan boleh dikatakan perfect combo dalam The Bridge. Begitu juga dengan Ario Bayu pelakon berbakat dari Indonesia ditampilkan juga sebagai pelakon utama yang baru untuk musim kedua ini.Gandingan Bront dan Ario kita sudah menikmati dari filem Joko Anwar Gundala dan juga filem lokal kita One Two jaga memang gandingan yang mantap serta menikmati keseuruhan karakternya.Tak perlu disangkalkan lagi pelakon pelakon dalam The Bridge musim 2 semuanya ada nama dan hebat hebat hebat belaka.


The Bridge 2 cukup menguji semua karakter yang ada dalam filem ini.Kerana tema untuk musim kedua ini lebih berat dan mengali sedalam dalamnya tentang rasuah,korupsi,akitviti perdagangan manusia dan banyak kali.Sedikit sebanyak terkesan dengan karakter yang dibawakan oleh Rebecca Lim dan Bront Palare untuk tidak terpedaya dengan mana mana anggota seunit bukan hal yang mudah.Begitu juga watak Ario Bayu yang kematian abangnya yang penuh emosi tetapi perlu bertenang seperti tiada apa yang berlaku.

The BRIDGE SEASON 2 KINI BOLEH DIBINGE WATCH KEDUA DUA MUSIM DI APLIKASI STREAMING VIU MALAYSIA .










Post a Comment

Previous Post Next Post