Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Sehingga ke harini kita lihat terlalu banyak filem dan series yang diadaptasi berdasarkan kisah hidup mereka yang terkenal. Dari seorang pemuzik, sampai ke seorang pensyair. Mungkin sesetengah orang familiar dengan nama Emily Dickinson. Penyair yang dilahirkan di Amherst yang memiliki beribu ribu karya puisi yang menarik.



Dickinson mempunyai 10 episode dan setiap episode menceritakan bagaimana Emily menulis karya dia yang bagus dan baik. Banyak juga kisah menarik dari sisi seorang Emily Dickinson yang mungkin anda semua tak tahu. Dia menyimpan untuk menjadi penulis hebat sehinggakan tidak sanggup kehilangan persahabatannya dengan Sue ( termasuk adegan LGBTQ)!.


Series ini juga menggambarkan bagaimana keadaan di tahun 80-an. Di mana perempuan masih dianggap lebih lemah dan rendah darjatnya berbanding lelaki. Pada tahun itu tugas seorang perempuan hanya menguruskan hal rumah tangga. Emily yang ingin menjadi seorang penulis itu pun dihalang oleh bapanya.Dikala itu perempuan juga banyak bergantung harap untuk mencari sesuap nasi hanya pada lelaki kerana ingin membuat seperti itu sendiri mungkin tidak mampu .


Fiksyen "Dickinson" ini bukan sahaja tertumpu kepada watak utama malah banyak para pelakon hebat sampingan yang diberikan porsi yang secukupnya dan seimbang.Para pelakon muda yang berbakat.Dickinson juga menampilkan genre comedy family banyak humor satire dan juga drama keluarga yang menarik ditonton!Mereka yang kemurungan suka menyendiri dan ada masalah peribadi seperti Emily mungkin akan seronok menonton series ini.

Dickinson Season 1 dan Season 2 ( On Going) boleh ditonton di Apple TV+











Post a Comment

Previous Post Next Post