Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

Sedutan babak dalam drama Takdir Yang Tertulis di WeTV

Setelah kejayaan drama fenomena NUR dan NUR 2 yang mengangkat tema berat tentang seorang pelacur yang diuji pelbagai rintangan dan dugaan dalam kehidupannya, Shahrulezad Mohameddin kembali memanaskan kaca TV penonton dengan karya terbaru arahannya "Takdir Yang Tertulis".Sejak dari episode pertama ditayangkan sehingga episode terkini drama ini menjadi trending no 1 di Twitter dan bertebaran di sosial media oleh kerana plot penceritaanya yang membuat penonton sakit hati.

Sedutan babak dalam drama Takdir Yang Tertulis di WeTV

Pertama sekali tentunya adalah impak lakonan Nad Zainal,Nazim Othman dan Elvina Mohamad berjaya membuat penonton tidak boleh duduk diam,dan akan menyumpah seranah oleh kerana karakter karakter yang menyakitkan hati muncul di kaca TV.Watak paling dikeji dan dicaci serta dicop sebagai FIRAUN/perempuan sihir durjana adalah Didie Alias yang membawa watak sebagai seorang ibu kepada Ruhila ( Elvina Mohamad) yang ada dendam kesumat kepada keluarga Juweta (Nad Zainal).

Sedutan babak dalam drama Takdir Yang Tertulis di WeTV

Di penghujung Episode 4 setelah Juweta tahu bahawa kawan baikknya sendiri tikam belakangnya dia diperlakukan dengan tidak adil oleh Azlan ( Nazim Othman) . Semua harta syarikat,rumah dan anaknya di ambil oleh Azlan kerana rancangan ini telah djayakan dengan baik oleh si Firaun tersebut.Muncul pula karakter Ean ( Alvin Chong) bekas suami Ruhila di penghujung episode yang mungkin akan membantu Juweta untuk mendapatkan balik haknya.Rasanya begitulah!Fuh ala ala korean style.hehehe


Takdir yang Tertulis mengisahkan tentang Juweta, Ruhila, Azlan dan Ean. Perkenalan yang bermula sejak zaman universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetiaan dan kepercayaan. Azlan yang menyukai Ruhila tanpa mengetahui bahawa Ruhila adalah kekasih Ean. Hal tersebut sedikit menggugat Ean.Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing. Cubaan Azlan untuk mengambil hati isterinya berakhir dengan pergaduhan besar. Sementara itu, anak mereka, Mika trauma dengan pergaduhan ibu bapanya.


Rekomen Filem Rating : 8/10
(Episode 1-5)

Drama Takdir yang Tertulis ini boleh ditonton di TV3 setiap Isnin-Khamis jam 10 malam di slot Samarinda atau boleh tonton di aplikasi streaming WeTV pada jam 11 malam.













Post a Comment

Previous Post Next Post