Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

Doraemon : Stand By Me 2 mengusik nostalgia tahun 1988 dan ending filem yang membuatkan anda menitiskan air mata melihat perkahwinan Nobita dan Shizuka diraikan oleh kawan kawannya.Stand By Me 2 tampil dengan kisah yang matang untuk Nobita dimana dia perlu menikah dengan Shizuka tetapi ragu ragu terhadap dirinya.Dia pergi ke masa lalu dan tidak menghadiri perkahwinannya melalui mesin masa yang mempengaruhi timeline nasib dirinya sendiri.Melalui tiga period masa , semasa nobita dan doraemon sekolah rendah, umur 3 tahun dan ketika dia sudah dewasa dan ingin berkahwin dengan Shizuka.Pelbagai adegan menyentuh hati , Nobita bersama neneknya di masa lalu,ibu ayahnya dan juga kita bakal ketahui maksud sebenar di sebalik nama Nobita.

Boleh dikatakan filem ini kurang sesuai untuk tontonan kanak kanak takut ianya cepat bosan, sebab filem ini bercerita lebih deep dan terperinci tentang keraguan Nobita,Nobita mencari kembali keyakinannya,serta acara acara semasa pernikahan yang lebih kurang sama dilalui oleh orang dewasa.Plot ceritanya yang mungkin sedikit kompleks tentang mesin masa yang digunakan Nobita dan Doraemon untuk kembali ke masa lalu dan masa depan membuatkan penonton sedikit konfius dan perlu fokus untuk memahami keseluruhan cerita dan menikmatinya.

Rating : 8/10



DORAEMON STAND BY ME 2 MASIH TAYANG DI PAWAGAM 

GSC CINEMA BERHAMPIRAN ANDA. 



Post a Comment

Previous Post Next Post