Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Ketika korang membaca artikel ini pasti korang akan teringatkan lagu Selalu Mengalah dan Kemarin yang dinyanyikan oleh kumpulan pop yang popular di Indonesia dan Malaysia iaitu Seventeen Band.Tahukah anda kejadian Tsunami di Tanjung Lesung,Banten 22 Disember 2018 telah meragut nyawa orang ramai termasuk Seventeen.Semasa mengadakan persembahan bersempena acara perhimpunan keluarga sebuah syarikat elektrik negeri di kawasan Tanjung Lesung, Banten, Indonesia, apabila letusan daripada Gunung Anak Krakatau mencetuskan tsunami dan tiba-tiba menyentap dari belakang pentas. Semua ahli dilanda teruk oleh tsunami. Pemain gitar base Bani dan pengurus jalan raya kepada Seventeen Oki Wijaya telahpun disahkan maut berada berhampiran tempat pentas. Jasad pemain gitar Seventeen Herman Sikumbang ditemui beberapa jam selepas dimaklumkan hilang. Ahli krew Rukmana “Ujang” Rustam berserta isteri kepada Ifan, pelakon perempuan dan penyampai acara televisyen, Dylan Sahara, antara mangsa terkorban ketika tsunami itu melanda.


Kemarin adalah sebuah filem dokumentari menarik oleh Upie Guava , tentang kisah kumpulan Seventeen sendiri dari awal terdirinya kumpulan ini sehingga ke pengakhiran tragedi tsunami yang pastinya akan membuat penonton mengikut rasa kesedihan yang sama dialami oleh vokalis kumpulan tersebut Ifan Seventeen.Sehinggalah bagaimana Ifan mengambila masa healing proses yang lama untuk keluar dari trauma tragedi gelap tersebut untuk kembali menyanyi dan meneruskan kariernya dengan menjadi penyanyi solo.

(Gambar setelah Tsunami)

Yang menjadi hebohan adalah apabila music video official lagu Kemarin yang direlease pada 22 Disember 2016 seolah olah memberi gambaran  pada  tragedi Tsunami yang berlaku pada 22 Disember 2018 di Banten.Lirik lagu Kemarin yang seolah olah meninggalkan Ifan sendiri yang tergapai gapai mencari mereka yang meninggalkan Ifan. Filem "Kemarin" ini akan tayang dipawagam Malaysia, jadi nantikan dan tonton dipawagam!


TONTON TRAILER FILEM KEMARIN DISINI!

Post a Comment

Previous Post Next Post