Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Sudah semestinya ramai yang menantikan sambungan dari filem blockbuster yang ditunggu ramai Godzilla : King of Monster, kini Godzilla VS Kong tayang dipawagam seluruh Malaysia bermula 25 Mac 2021.Jadi sepanjang masa berjalan sekitar 1 jam 53 minit apa yang anda boleh harapkan dalam Godzilla Vs Kong ?Pada pendapat saya Godzilla Vs Kong akan memuaskan peminat kedua-dua raksasa tersebut dengan aksi yang padat dan juga pertembungan epik dua titan tersebut yang akan memukau jiwa peminat.

Di dalam filem ini kemunculan Kong lebih banyak berbanding Godzilla walaupun secara rawaknya dia tak diabaikan ianya lebih banyak fokus kepada kisah Kong, dan juga menjadikan keterujaan kepada peminat Godzilla sedikit kecewa dan aksi yang padat tapi pertembungan mereka berdua hanya dua kali sahaja berbanding King of Monster lebih banyak dan kerap kali dipertonjolkan kepada penonton.


Sebelumnya jangan salah sangka Godzilla Vs Kong memang memberikan apa yang dijanjikan yang terlihat didalam trailer tetapi tidak mempunyai kelebihan yang lebih baik dan bagus dari filem sebelumnya.Masih berasa puas apabila melihat Godzilla dan Kong dalam filem yang sama.Tetapi para pelakon didalam filem ini agak kurang dan bersahaja.Mungkin kerana karakter karakter ini baru,hanya lakonan Milly Bobby dan ayahnya sahaja yang lama,membuatkan mereka tidak dapat bertahan antara satu sama lain dalam menyampaikan karisma lakonan mereka.

Di penghujung cerita Kaylee Hottle sebagai Jia, gadis Iwi muda yatim pekak yang membentuk ikatan istimewa dengan Kong (Kaylee dalam realiti memang pekak) memberi sisi manusiawi dengan jayanya , dan menimbulkan perasaan yang bercampur ketika dihujung filem ini.


Pertarungan epik antara dua monster ini terlihat sangat kemas tetapi kekadang pergerakkan kameranya agak berserabut dan menyakitkan mata.Walapun begitu aksi pertarungan epik ini boleh dinikmati dengan sebaik baiknya.Trek suara dan kualiti suara keseluruhan di filem Godzilla Vs Kong berasa sederhana kurang kerana beberapa sebab, termasuk pilihan trek muzik yang agak kurang menarik dan ditambah kesan bunyi yang luar biasa.

Jadi plot filem ini biasa sahaja tiada yang menarik dan boleh dikatakan sangat merepek sebenarnya.Jadi penonton / peminat boleh menikmati aksi padat kedua monster itu sahaja dan diulit dengan scene scene lawak dari 3 karakter yang menemui keburukkan APEX sehinggakan mereka juga menjadi antara hero dalam filem ini.Sejujurnya Godzilla VS Kong adalah filem yang sederhana tetapi ditambah dengan aksi pertarung epik Godzilla dan Kong yang akan membuat penonton tidak merasa terlalu lama durasi filem ini.

Rating : 7/10 

Post a Comment

Previous Post Next Post