Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Filem terbaru terbitan Kuman Pictures ini telah ditayangkan di Astro First beberapa hari yang lalu boleh dikatakan sambutan agak memberangsangkan dan harini masih kekal di carta NO 2 di Astro First!Jadi kenapa korang perlu tonton filem ini?

1. Found Footage

Bukan mudah untuk buat filem Found Footage dengan baik, bagi aku Irul sudah memberikan yang terbaik dalam pembikinan filem ini dan menyampaikannya kepada penonton.Tidaklah sempurna tetapi ianya masih boleh dilayan dan menikmatinya. Ini adalah filem Tamil lokal pertama yang menggunakan konsep Found Footage.

2. Penang HILL ( Hotel Craig)

Tempat penggambaran filem ini di Hotel Craig,Penang Hill di Pulau Pinang.Pemandangan yang cantik,shot dron yang agak baik dari filem melayu yang menggunakan shot dron lain.Tahap atmosphere di Hotel Craig tu menggambarkan sendiri tempat itu memang seram. Tetapi bangunan bangunan yang tersisa hingga harini masih utuh dan cantik.

3. Filem Lokal Tamil

Kebiasaanya filem Tamil lokal hadir dengan filem aksi dan cinta , Tetapi IRUL mengangkat tema seram found footage bagi aku yang agak baru.Jadi untuk filem lokal tamil yang pertama aku rasa ianya berjaya dan mampu menambat hati penonton.

4. Gory 

Kepada anda yang suka menonton filem filem seram yang berkait dengan pemujaan syaitan yang mengganas pasti sering melihat scene yang mengerikan seperti berdarah berdarah, perut terburai benda benda ini dikekalkan dalam filem ini dan tiada scene yang dipotong.

5. Konsep Cerita

Bagi aku konsep cerita yang sampaikan agak menarik serta senang untuk difahami lagipula tayang di Astro,boleh menonton berulang kali di TV bersama keluarga.Paling seronok langgan di Astro First dan tonton beramai ramai.




Irul Ghost House boleh dilanggan di Astro First Channel 480 atau terus ke Astro On Demand,Astro GO!

Post a Comment

Previous Post Next Post