Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Rasa bersyukur kerana dapat menonton filem terbitan A24 dilayar lebar pawagam setelah sekian lama menantikannya.Terima kasih diucapkan kepada GSCMOVIES dan juga ENCORE FILMS MALAYSIA kerana sudi menjemput saya bersama sama dengan media lain turut hadir untuk menonton Media Screening filem MINARI di GSC Aurum Theater ,The Gardens Mall.


MINARI DI PAWAGAM 1 APRIL INI

Seperti yang kita sedia maklum Minari adalah sebuah filem Korea-Amerika arahan Lee Isaac Chung,antara yang terpilih menjadi nominasi pemenang Piala Oscar 2021 dari 366 filem yang dipilih oleh team Academy Awards, paling banyak masuk nominasi dalam 6 kategori.

SINOPSIS

MINARI mengisahkan tentang sebuah keluarga sederhana yang mengejar impian di Amerika Syarkat,dengan latar masa di tahun 1980 an.Keluarga ini antaranya suami dan isteri Jacob ( Steven Yeun) dan Monica Yi (Han Ye Ri) serta dua anaknya ,Anne  (Noel Kate Cho) dan David (Alan Kim).Jacob mempunyai impian untuk mendirikan bisnes yang berjaya, tetapi Monica mempunyai pandangan yang lebih realistik kerana ada dua orang anak yang menjadi tanggungjawab mereka.Di tengah konflik mereka berdua,serta stereotipe imigran yang membuat mereka susah untuk menaik taraf hidup, datanglah nenek Soon Ja (Youn Yuh Jung) yang menambah drama di rumah keluarga imigran Korea ini.

(L-R) Alan S. Kim, Steven Yeun, Noel Cho, Yeri Han 

Photo by David Bornfriend, Courtesy of A24 

REVIEW

Amerika Syarikat adalah sebuah kota yang terdapat pelbagai sumber mengura-urakan ianya kota besar yang boleh memberi rezeki besar kepada manusia yang mencari pekerjaan disana,walaupun mereka berasal dari golongan susah sepertiJacob dan keluarganya . Di dalam Minari Jacob dan keluarganya ingin mengejar "american dream" ingin berjaya dalam busines tapi duduk dirumah biasa dan juga bertayar seperti dalam trailer.Tentu sahaja banyak rintangan dan halangan yang akan menempa keluarga ini.Jacob ingin membuka ladang,menumbuhkan tumbuh tumbuhan ,menyuburkan tanam-tanamanya kemudian berusaha menjualnya.Keadaan seorang ibu yang risau akan anaknya dan keluarganya sendiri jika mereka sudah tidak mampu menampung hidup mereka.


Courtesy of A24 

Plot filem ini mengingatkan kita kepada filem sebelumnya terbitan A24 juga iaitu The Farewell yang menampilkan isi cerita berkenaan "tradisi" dalam Minari kita dapat lihat formular yang sama menggambarkan tentang kisah "asimilasi" ,Minari mengajak kita untuk lihat apa sahaja masalah yang dihadapi para imigran yang berasal dari Asia , ketika mereka cuba hidup di Amerika.Walaupun mereka sudah lama menetap di Amerika , mereka masih belum menyesuaikan diri dan belum merasakan mereka ini sebahagian dari negara itu.Mereka seolah olah masih merasakan mereka orang Asing dan belum sepenuhnya "berasimilasi" dengan negara itu.

(L-R) Will Patton, Steven Yeun

Photo by Melissa Lukenbaugh, Courtesy of A24 


Jacob sudah lama tinggal di Amerika dia sering menganggap dirinya boleh buat lebih baik dan berjaya dari sekadar menjadi penternak ayam di sebuah kilang yang harus membuatkan dia untuk mengasingkan ayam jantan dan betina dengan meneliti buntut ayam tersebut .Padahal baginya dia berhak dapat lebih sebab dia ingin mencapai "american dream" berjaya dan kaya raya di negara tersebut,

Manakala isterinya pula Monica lebih menjadi tertekan, setelah Jacob baginya perlu bersikap realistik dan tidak ego.Bagi Monica, Jacob lebih mementingkan diri sendiri berbanding anak anaknya.Monica yang sering memberi support kepada Jacob untuk meraih impian terhenti seketika.

Konflik yang ditimbulkan berlainan kefahaman antara Monica dan Jacob, bagi Jacob ianya "peluang keemasan" bagi Monica pula "ianya peluang yang dibazirkan". 



Yuh-jung Youn Courtesy of A24 

Selain itu konflik antara David dan neneknya juga memberi kita banyak rasa, ketawa,sedih, malah membuakan kita rindu pada keluarga dan nenek kita sendiri.Berjalannya waktu Nenek Soonja iaitu nenek David menjaganya dan Anne dirumah ketika ibu dan ayahnya sibuk bekerja.Nenek Soonja yang sangat berbaur KOREA, belum boleh berasimilasi dengan David dan Anne yang sangat Americana.Dibalik konflik ini, pelbagai elemen konflik yang datang kepada keluarga ini antaranya tanah,air,api,angin.Bermula dengan elemen angin ribut taufan,elemen tanah yang menjadi setting point untuk filem ini, elemen air semasa kebunnya terputus bekalan air, dan terakhir elemen api kepada adegan klimaks yang penting kepada filem ini dimana konflik dan lambang kemusnahan yang menempa keluarga ini,membuka ruang dan membaiki perhubungan keluarga ini.


Alan S. Kim

Photo by Josh Ethan Johnson, Courtesy of A24 

Pelbagai peristiwa lucu dan menyedihkan berlaku diantara mereka, David menganggap nenek Soonja adalah musuh.Sebab bagi David, nenek Soonja tidak sama seperti karisma yang David bayangkan.Bagi David dia terbayangkan neneknya seperti nenek Amerika orang lain yang ramah mesra, pandai membuat kuih jadi nenek Soonja jauh dari ekpektasi David.Nenek lebih gila,kuat mengacau David, sehingga ingin mengajar David main judi.Disitu lah akan berlaku proses Asimilasi antara David dan Soonja yang lama kelamaan membuahkan hasil ,sehingga neneknya membawa dia pergi ke hutan untuk melihat ,pokok Minari yang boleh berdepan dengan cabaran , dan terus tumbuh hidup walaupun kecil dan ditanam ditempat yang ganas iaitu "HUTAN".


Courtesy of A24 

Tajuk MINARI mejadi lambang kepada ceritanya, tentang bagaimana pokok minari boleh berdepan pelbagai rintangan,dan menyesuaikan diri dimana mana sahaja.Tidak takut menjadi MINARI yang masih mengekalkan identitinya sebagai Minari.Begitu juga keluarga Jacob ,dia tidak pernah berhenti berusaha dan mencuba dengan kehidupan di tempat baru.Walaupun mengejar "American Dreams" ianya tidak menghilangkan identiti Korea mereka dan meningkatkan bahasa mereka yang banyak dari tengah hingga ke penghujung filem ini.

Sejujunya filem MINARI baik dari pelbagai aspek dan initpati cerita ini agak kuat untuk mengikat segala hal yang berlaku dalam sebuah kisah dan hubungan kekeluargaan!Jadi,kepada anda semua wajib menonton MINARI dipawagam Malaysia bermula 1 April 2021!Disebabkan saya suka, jadi Minari adalah sebuah filem tanpa rating yang terus masuk ke list 30 fav filem saya.Terima kasih!


TONTON TRAILER FILEM MINARI DISINI

Post a Comment

Previous Post Next Post