Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Alhamdulilah pihak Rekomen Filem dijemput hadir untuk menyaksikan filem seram thriller islamik percubaan dari Syafiq Yusof pengarah muda yang selalu dinanti-nantikan hasil karyanya, Penunggang Agama di MMCineplex Ecurve beberapa hari yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada Ara Astro Shaw, dan Syafiq Yusof sendiri atas undangan tersebut.


Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir ( Zul Ariffin ) seorang bekas pelajar universiti Al Azhar dan isterinya Anna (Azira Syafinaz) anak kepada pakar ilmu perubatan agama yang ditimpa pelbagai perkara mistik dan aneh apabila ibunya (Sabrina Ali) dirasuk sesuatu. Ayahnya ( Dato Jalaludin Hassan) menerima jalan buntu dan diperkenalkan oleh kawannya seorang pengubat terkenal yang bernama Tok Haji ( Nasir Bilal Khan).Dia mendapatkan pertolongan rawatan dari Tok Haji dan isterinya ( Salina Saibi) untuk membantu,tetapi keadaan semakin berlaku diluar kawalan.


Seperti kita sedia maklum Syafiq Yusof sendiri mengatakan bahawa dia menginspirasikan filem filem abangnya Syamsul Yusof , dalam proses Penunggang Agama dan selebihnya tampil dari gayanya tersendiri.Kalau kita tonton Penunggang Agama vibesnya masih terasa seakan Munafik,Khurafat dan juga filem arahan Syafiq sendiri Misteri Dilaila .Jadi formular ini diolah oleh Syafiq dalam mencampurkan seram islamik + thriller.

Aku adalah peminat filem yang menampilkan adegan Baphomet.Iblis / Syaitan berkepala kambing itu menarik aku untuk menonton filem ini.Jadi semasa menonton aku dipersembahkan dengan adegan jumpscare yang bertubi-tubi sehingga aku terkejut banyak kali.Memang hantu/setan filem Syafiq tak segan silu sepertimana filem lain yang bermain dengan pintu lah angin la barang jatuhlah. So hantu dia terus appear depan penonton.Iblis menjadi titik utama Syafiq untuk menerapkan proses penunggang agamanya tersendiri, menampilkan iblis bertanduk ala Baphomet aku terpegun sebentar.Sebab jarang filem Malaysia menampilkan setan ala western.Jadi disini aku sangat enjoyable watching this movie, walaupun aku terasa watak Zul Ariffin terlalu kaku mungkin ini percubaan pertama beliau untuk watak begini dan diselamatkan oleh duonya Azira Syafinaz yang kelihatan memang betul betul berusaha membawa watak Anna dengan baik.


Plot penceritaan Penunggang Agama dipermulaanya tampil dengan baik sebelum pada pengakhiran terasa seperti nak cepat habis aku terasa laju dan masih terhibur.Aku difahamkan oleh Syafiq Yusof sendiri bahawa ini adalah kisah permulaan untuk membangunkan konflik kepada watak Amir dan Anna.Semoga aku dapat lihat prestasi Syafiq bermain dengan elemen seram semakin baik difilemnya akan datang.Formular yang digunakan oleh Syafiq sudah baik, cuma kurang berkesan untuk menakutkan penonton seperti Misteri Dilaila.Sejujurnya, aku agak suka dengan konsep filem ini yang tampil berani dengan isu semasa yang dekat dengan masyarakat + bloody scene yang masih menghiburkan.

Apabila manusia bertuhankan iblis! 

" Kenapa kau percaya kata kata aku?Sesungguhnya aku adalah musuh kau yang jelas" - Iblis

"Matilah kau didalam KEKUFURAN!".

Sekiranya anda peminat filem Munafik ,Khurafat ,Misteri Dilaila aku harap korang langgan di Astro First untuk merasai roller coaster ride yang dibikin oleh Syafiq untuk para penonton yang dahagakan thrill horror islamik ride.Segera langgan di Astro First Channel 480,Astro on Demand (Astro GO)!











Post a Comment

Previous Post Next Post