Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 





SAKSIKAN TAYANGAN PERDANA DISINI

Ramai yang terlalu sakit dan pedih kerana stesen TV tak lari dari membawa kisah drama tv yang klise tentang laki bini curang, anak kurang ajar, pasal harta berbillion2,mertua vs menantu nak mampus!Akhirnya Astro berani keluar dari zone itu dengan hadirnya Astro original series Sembilan (9) iaitu series horror thriller misteri, dan juga Projek Anchor SPM tentang drama coming to age remaja oleh pengarah yang sama Razaiysam Rashid ( Pengarah filem Pusaka, CEO). Projek Anchor SPM berdepan dengan kontroversi dikatakan series ini meniru Bad Genius!Tapi sejauh mana kebenaran itu ?

Sinopsis PROJEK ANCHOR SPM

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.

Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM.Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar
besaran.

JUDUL : PROJEK ANCHOR SPM
EPISOD : 8
TARIKH : 15 Mac - 3 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin, 9.00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 108 (HD) & 128 (SD)
PENULIS SKRIP : Anwari Ashraf
PENGARAH : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf
PRODUKSI : Alpha47 Films, Astro Shaw
PELAKON : Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Susan Lankester, Fadhli Masoot , Taufiq Izmir, Danish Hazriq


Antara filem menggunakan  konsep cheating on exam

Bad Genius pun bukanlah konsep original malah pengubahsuaian penceritaan yang diambil dari konsep filem lain itu membuatkan Bad Genius dikagumi penonton.Dari kisah penipuan budak genius ke heist thriller menggunakan kegeniusan mereka untuk ters menipu dan proses duit.






Post a Comment

Previous Post Next Post