Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Semalam Astro Citra telah menayangkan pilot episode Projek Anchor SPM arahan Razaisyam Rashid.Boleh dikatakan Episode pertama ini adalah episode pengenalan kepada karakter dan apa yang mereka hadapi di STIA! ( Sekolah Tengku Isa Anuar) untuk SPM mendatang. Di awal cerita kita diperkenalkan dengan karakter bernama Aidaa yang dilakonkan oleh Daiyan Trisha seorang kakak tiri kepada Jaja (Shasha Abedul)dimana Aidaa perlu membimbing dan membantu adik tirinya untuk lulus dalam peperiksaan walauapapun yang terjadi kerana itulah permintaan Ayah Aidaa yang tegas lakonan Tony Eusof.Kita juga akan dipertemukan dengan karakter bernama Aizaat lakonan Aedy Ashraf seorang pelajar yang handal dalam ragbi.Disini pembangunan karakter untuk episode 1 agak lemah dan kurang diexplorasi mungkin u terkejar untuk masuk ke plot utama yang penting untuk mengikat penonton iaitu scene peperiksaan di dewan besar diselingan dengan scene meniru.


Disini aku boleh puji lakonan Aedy Ahsraf,Nadhir dan Shasha Abedul ketiga orang ini lakonan mereka tersangat menyerlah dan menjanjikan untuk bawa Projek Anchor SPM di episode 2 nanti.Tidak ketinggalan juga watak Aidaa mungkin agak biasa di episode pertama ini kerana masih belum menunjukkan belangnya sebagai pelajar pintar,hanya scene membantu adiknya dan dihina disekolah belum cukup kuat untuk karakter Aidaa ini diperkembangkan ,harap karakternya lebih menarik di Episode 2.Watak sekumpulan budak perempuan anti Aidaa juga kurang diperhubungkan kepada penonton jadi sebagai penonton au tak kisah watak yang dilakonkan Daniella Sya tu , if watak tu tak ada pun kita still tahu what happen to Aidaa?Sebab satu sekolah pun dah anti dia.


Mungkin kepada mereka yang sudah menonton Bad Genius akan triggered dengan scene seperti ini dimana Aidaa melakukan sign orang kurang upaya untuk membantu adiknya meniru dalam peperiksaan,pada aku korang tak perlu nak triggered pun sebab scene ini tidak sama langsung dengan Bad Genius hanya look and feel dia je sama tak salah pun kalau scene ini dinspirasi Bad Gneius dan  diubah suai mengikut citrasa director Malaysia itu sendiri.Masih terlalu awal untuk kita menghakimi Projek Anchor SPM.Aku yang ternanti nanti dan selalu mengharapkan Malaysia mengentengahkan filem/series remaja berasa senang hati apabila Projek Anchor SPM diumumkan sebagai series remaja coming to age drama.

Sudah pastinya Projek Anchor SPM hadir dengan sesuatu yang menarik dan dari kebiasaan series di drama tv. Konsepnya juga cantik, belum bercakap tentang teknikal series yang diproduksikan oleh Alpha47 Films ini sangat indah.Ada satu babak di bilik Pawang, dimana disitulah adalah scenen suasana tegang Aedy,Nadhir dan Chubee yang kantoi membuat perangai dibantu dengan skor muzik yang mencairkan dan terasa gugup jantung juga.Bagi aku peminat drama/filem remaja Indonesia,Thailand,wajib menonton series ini.


Di penghujung Episode 1 kita akan ditinggalkan dengan scene rumit antara Aidaa dan Aizaat dimana Aidaa melakukan sesuatu sehingga Aizaat ditimpa kemalangan.Disini clifhangernya sangat kuat untuk menarik perhatian penonton untuk menonton episode 2 mendatang.Pastikan korang tonton Projek Anchor SPM setiap hari Isnin jam 9 malam di Astro Citra/Citra HD jam 10 malam hanya di Astro GO apps.Kalau tak ada tiga tiga ni jangan download better pinjam account kawan yang ada Astro.

Rating Episode 1 : 7/10 


TONTON TEASER EPISODE 2 DISINI












Post a Comment

Previous Post Next Post