Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Semasa dalam musim PKP semua filem lokal kita telah release terus di platform Astro First yang perlu dilanggan sebanyak RM15.90 untuk sebuah filem dan termasuk tax dalam RM19 lebih.Salah satu fiem lokal yang dilanggan dalam bulan ini setelah Kenderaan Berat Ikut Kiri adalah Selamat Hari X Jadi.Kemudian, setelah pawagam diumum kan dibuka kembali Selamat Hari X Jadi juga ditayangkan di  pawagam pada 11 Mac yang lalu.

GAMBAR DARI GSCINEMAS

Selamat Hari X Jadi mengisahkan tentang sekumpulan pelajar nakal yang diketuai oleh Hani (Janna Nick), menggunakan rakaman mangsa gurauan untuk mendapatkan kemasyhuran dan populariti melalui platform media sosial mereka. Tetapi semuanya tiba-tiba berubah apabila pihak kolej memutuskan untuk menangguhkan Hani setelah mengetahui salah seorang mangsa buli, Puteri (Eyka Farhana), telah cuba membunuh diri ketika video buli  yang memalukan itu viral di media sosial. Takut ada perkara yang tidak diingini berlaku sebulat suara geng Hani bersetuju untuk menurunkan Hani. Pada masa yang sama, berita mengenai pembunuh bersiri misters yang melanda bandar,memburu mangsa wanita muda, menjadi viral di TV. Hani yang masih sedih dengan keputusan rakannya mula mengembara sendirian lalu terserempak dengan pembunuh misteri yang mula mengejarnya.Selepas pelbagai kejadian yang disebut 'mengerikan', sebahagian daripada gurauan kejutan ulang tahun oleh geng kenakalan Hani, pembunuh bersiri misteri itu akhirnya muncul dan berhadapan dengan Hani dan rakan-rakannya di rumahnya ketika Hani hendak merayakan ulang tahun kelahirannya yang sebenarnya.Begitulah gambaran cerita Selamat Hari X Jadi.

GAMBAR DARI GSCINEMAS

Terus terang Selamat Hari X Jadi adalah filem paling jahanam,shit yang pernah dihasilkan.Setaraf dengan filem gred D,E luar negara.Walaupun jahanam masih ada beberapa elemen yang boleh dipuji dalam filem ini.Malaysia kekurangan kreativiti untuk menghasilkan sebuah filem yang fresh, boleh dikatakan genre macam ni agak kurang di Malaysia.Jadi mengekalkan konsep pembunuh misteri ala ala filem Halloween,Scream dan Friday The 13th ,Selamat Hari X Jadi tampil dengan filem yang pada awalnya agak menarik tetapi hujungnya terasa sangat menjijikkan.Elemen slasher yang tampil dalam filem ini agak kurang dan tidak terasa ,thrill nya juga tidak merasakan ini seperti filem slasher thriller yang mampu menakutkan penonton malah memperbodohkan penonton untuk memaki filem ini.Dengan audio yang bingit, muzik skor yang terasa seperti drama Youtube termasuk pemilihan pelakon dan ost yang tidak menarik.Menariknya adalah konsep idea yang ditampilkan tapi dirosakkan oleh execuion director yang melemaskan.

GAMBAR DARI GSCINEMAS

Biarpun begitu , ada beberapa pelakon yang aku just boleh kata lakonan mereka biasa saja seperti Janna Nick yang pernah membawa watak sebegini dalam Misteri Mona , Zalif Sidek yang biasa membawa watak lucu dan yang lain agak kaku dan tidak mendorong apa apa dalam filem ini .Masalah teknikal agak berat juga dalam filem ini selain plot dan arahan pengarahnya yang membingungkan.Filem ini kalau  jatuh ke tangan pengarah yang hebat pasti lebih menarik .Selain itu aku juga kecewa twistnya agak mencarca marbakan filem inii, setelah seronok melayan ACT 3 filem ini boleh dikatakan agak menarik perhatian.Malangnya semuanya berakhir duka lara nestapa , dan keterpaksaan melelahkan serta menjijikkan.

GAMBAR DARI GSCINEMAS

Akhirnya,anda semua boleh menonton filem ini dipawagam berdekatan atau langsung langgan di Astro First Channel 480/Astro GO.Jika anda semua sudah menonton kongsikan lah pendapat anda semua ya!.

Rating : 4/10











1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post