Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Alhamdulilah akhirnya berpeluang untuk menonton filem dari Thailand iaitu The Con-Heartist edaran GSCMOVIES,yang sudah tayang di pawagam 11 Mac yang lalu setelah ditunda oleh kerana wabak Covid 19 masih tinggi ketika itu.The Con-Heartist ini mengisahkan tentang seorang pengawai bank bernama Ina (Baifern Pimchanok Luevisadpaibul) yang perwatakkannya cukup masuk air dan lalai. Oleh kerana kelalaiannya, dia sampai ditipu oleh teman lelakinya yang playboy, Petch (Bank Thiti Mahayotaruk). Ina diminta untuk meminjamkan duit sebanyak 500.000 Baht kepada Petch. Setelah memberikan duit tersebut, Ina telah ditinggalkan oleh lelaki tersebut.Setelah itu muncul pula lelaki bernama Tower iaitu scammer yang inginkan duit Ina dan menyamar menjadi sebuah agen.Ina berjaya menghindari aktiviti tersebut dan dapat tahu bahawa Tower sedang menyamar, setelah itu mereka berdua bertemu dan buat satu perjanjian  dimana mereka berdua perlu melakukan pelbagai aksi untuk membalas dendam kepada teman lelaki Ina,iaitu Petch sekaligus mengambil kembali duitnya.


Seperti yang kita tahu Thailand banyak hadir dengan flem filem yang menarik, antaranya Bad Genius yang masih ingat di akal fikiran sehingga harini.Dimana kisah pelajar yang melakukan penipuan dalam peperiksaan sekaligus membuat duit melalui kegeniusan mereka.Di The Con-Heartist para karakternya juga agak licik dan genius mereka membuat perancangan menipu yang kreatif untuk mengambil kembali duit dari teman lelaki Ina,sehingga mereka berdua Ina dan Tower sanggup menggumpul dua orang lagi untuk membantu mereka menyelesaikan misi ini.Dari sinilah segala konflik bermula.Kita dibawa ke dalam kisah yang sama dalam seharian kita, ingin teman lelaki kacak,gadis cantik, difriendzone juga.Kekadang kita berdepan dengan hidup kita sendiri dimana kita akan merasa kesunyian.Paling pedih bila kita ditelefon oleh scammer yang menjengkelkan.Jadi plot cerita ini memang terasa dekat dengan kehidupan seharian kita di Malaysia bukan sahaja Malaysia rasanya memang magis Asia begitu.

Dengan kesungguhan lakonan mantap dari 5 orang pelakon diatas membuatkan The Con-Heartist filem yang berdurasi 2 jam 8 minit ini tidak membosankan,ditambah lagi dengan gelagat lucu mereka serta kisah kisah mereka yang tragis dan penuh dugaan.Boleh dikatakan plot cerita dia sederhana baik, konsep yang menarik dan juga para pelakon yang memberi dominasi besar pada setiap karakter.Seperti biasa muzik skor filem Thailand dan dari sudut cinematography filem ini emang cantik ditambah colour pallete yang sejuk mata memandang.Setiap filem pasti ada kekurangannya,bagi aku masalah dalam filem ini adalah durasi terlalu panjang, dan ada beberapa karakter yang tiba-tiba muncul tanpa detail yng lengkap termasuk 3 actnya agak klise sudah boleh dijangka apa yang akan berlaku.Di penghujung cerita ada scene yang menunjukkan mereka berada di dalam era COVID 19 dengan pakai topeng muka dan ikut SOP seperti kita . 

Rating : 7.5/10















Post a Comment

Previous Post Next Post