Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

(Gambar screengrab dari trailer Edge of the World)

Sekitar tahun 2019-2020 kita digembar gemburkan dengan adanya penggambaran filem yang mengambil latar belakangkan Sarawak dan kisah James Brooke yang dibintangi oleh Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Atiqah Hasiholan.Filem ini sebelumnya dipanggil The White Rajah dan harini trailer filem hollywood Edge of the World ini bertebaran di timeline Facebook "Digital Spy".





Dikatakan filem ini adalah dari kisah benar James Brooke , yang dinspirasikan dalam filem The Man Who Would Be King & Apocalypse Now!Edge of the World menceritakan kisah Sir James Brooke yang belayar ke Sarawak untuk lari daripada pemerintahan kerajaan Britain.

(Gambar screengrab dari trailer Edge of the World)


Kisah epik Sir James Brooke, seorang penggembara dari Inggeris yang menjadi Raja Sarawak pada tahun 1840-an dan memulakan perang salib seumur hidup untuk menamatkan aktiviti haram dan pemburuan kepala - hanya untuk menghadapi pertuduhan membunuh dan akitviti haram sendiri.

(Gambar screengrab dari trailer Edge of the World)

(Gambar screengrab dari trailer Edge of the World)

Edge of the World akan tersedia di Platform Digital dan DVD 21 Jun 2021,  Edge of the World dipersembahkan oleh Signature Entertainment.Dari trailernya kita dapat filem ini agak ganas dan ada unsur gore, sudah semestinya kami dari Rekomen Filem tak sabar untuk menonton filem Hollywood "Edge of the World" ini.

Filem ini dibintangi oleh Jonathan Ryhys (Vikings) sebagai James Brooke, Dominic Monaghan (The Lord of The Rings,Mute,Star Wars The Rise of Skywalker) sebagai Crookshank, Ralph Ineson (The Witch,The Guardians of The Galaxy,Chernobyl) sebagai Sir Edward Beech, Josie Ho , Bront Palarae ( Terbaik Dari Langit,Pengabdi Setan,Gundala) sebagai Pengiran Indrea Mahkota ,Shaheizy Sam ( Adnan Sempit, Polis Evo) sebagai Subu,Wan Hanafi Su sebagai Sultan of Brunei dan Atiqah Hasiholan (Sembil9n, Pintu Terlarang).


TONTON TRAILER FILEM EDGE OF THE WORLD DISINI

              

Post a Comment

Previous Post Next Post