Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Filem ini mengisahkan Kapten Adib dan Major Adnan bersama skuadnya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui perkembangan ini,Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.


Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia,Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, Six Fun Media dan dibintangi oleh Aiman Hakim Redza,Dato’ Adi Putra , Nas-T ,Luqman Hafidz,Johan As’ari ,Pablo Amirul ,Jack Tan ,Sara Ali ,Anas Ridzuan,Iman Corinne , dan Niezam Zaidi .Filem ini juga diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See.Akan tayang di pawagam bermula OGOS 2012.




TONTON  TEASER TRAILER AIR FORCE THE MOVIE : SELAGI BERNYAWA DISINI

Post a Comment

Previous Post Next Post