Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


(Credit photo instagram @perjalanan_pertama)

Mahakarya Pictures dan D'Ayu Pictures berkerjasama antara Indonesia-Malaysia dalam sebuah filem genre drama bertajuk Perjalanan Pertama(The Wheels of Life) diarahkan oleh Arief Malinmudo pengarah filem (Liam dan Laila,Surau dan Silek) dan juga series tv Saiyo Sakato.Mahakarya Pictures sebelum ini tampil dengan filem dokumentari Kemarin(Seventeen Band) dan D'Ayu Pictures Malaysia pula akan tampil dengan filem Daddyku Gangster dan Harum Malam.

(Credit photo instagram @perjalanan_pertama)

Setakat ini belum ada sinopsis ringkas tentang filem ini tapi yang pasti filem ini dibintangi oleh pelakon veteran lelaki Malaysia, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar yang telah banyak membintangi filem dan drama di Malaysia sejak tahun 80an. Beliau juga seorang budayawan yang aktif dipelbagai bidang kesenian tidak hanya seni lakonan tapi juga tarian tradisional, muzik ,pengacara ,pengarah dan lain lain. Prestasinya di dunia perfileman Malaysia sudah semestinya kita tidak boleh sangkalkan lagi dengan banyak anugrah penghargaan yang telah diraihnya selama ini.

Seterusnya, sudah tentu pelakon cilik Indonesia ini juga yang berganding bersama Dato'Tarmimi Siregar dalam filem Perjalanan Pertama iaitu Muzakki Ramdhan, yang dikenali dari filem adiwira Bumilangit Cinematic Universe arahan Joko Anwar iaitu Gundala sebagai Sancaka Kecil,dan juga filem arahan Kimo Stamboel ,Ratu Ilmu Hitam. Selain itu juga Muzakki dikenali melalui pengisi suara animasi islamik  Nussa yang kini tayang di Astro Ceria.


Selain Dato'Tarmimi Siregar dari Malaysia ada juga pelakon kanak kanak baru Malaysia yang turut membintangi filem ini, iaitu Angelica Capetra.Angelica Capetra atau Princess Angelica akan tampil dengan 3 filem terbaru iaitu Daddyku Gangster, Perjalanan Pertama dan Harum Malam.



Post a Comment

Previous Post Next Post