Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement


Acha Septriasa atau dikenali sebagai Jelita Septriasa merupakan antara pelakon popular di Indonesia.Berlakon dalam berpuluhan film hits di Indonesia, kini Acha menjejakan kaki ke dunia perfileman internasional melalui filem debut beliau bertajuk Daemon Mind filem terbitan UK dan US iaitu Peracals Productions dan Silent D Pictures.Ditulis dan diarahkan oleh Jason Fite pengarah shortfilm (Mea Culpa)yang merangkul pelbagai anugerah.Jadi ini juga adalah debut filem perdana pengarah tersebut.


Walaupun sempat ditawarkan untuk membintangi sequel filem Fantastic Beast , iaitu Fantastic Beasts & The Grindelwald tapi ianya ditolak oleh Acha sendiri kerana masih sarat mengandung ketika itu.Apakah yang menarik untuk filem debut Acha ini?


Sarah seorang yang cemerlang, tetapi ahli saraf yang trauma meneliti kesedaran manusia. Mengeksperimen dengan frekuensi mental, dia membebaskan Daemon batinnya yang menjadi panduan, penasihat, dan, akhirnya, penuduh, ketika dia melakukan serangkaian pembunuhan dendam. Daemon Mind adalah kisah yang menerokai batas dan kemungkinan kesedaran manusia. Ini menyelami jiwa wanita muda yang bertentangan yang terinspirasi oleh keperluannya untuk membalas dendam dan pencariannya untuk penebusan.

Filem ini pada awalnya dalam dirancang untuk tayang pada tahun 2020 akan tetapi ditunda hingga tahun 2021. Daemon Mind membawa genre horror thriller dan watak utama dalam filem ini iaitu Sarah dilakonkan oleh Acha Septriasa sendiri.Selain itu filem ini juga dibintangi oleh Jasmine Blackborow, dan Sam Marks .


Proses shooting memakan waktu lebih kurang satu bulan bermula 18 Ogos 2020. Acha pun terpaksa meninggalkan keluarga kecilnya di Australia.Korang mesti tertanya tertanyakan seperti manakah filem Deamon Mind ni? Jom tonton teaser trailer filem ini.

TONTON TEASER TRAILER FILEM DAEMOND MIND

Post a Comment

Previous Post Next Post