Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Kuala Lumpur, 6 April – Baru sahaja sebulan dibuka, industri pawagam tempatan kembali dengan penuh keyakinan melalui kempen Jom #SapotLokal Filem 2021 yang dianjurkan oleh Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Di majlis tersebut, terdapat 6 filem yang penuh kepelbagaian dan dijayakan oleh nama-nama besar industri filem tempatan.

Menurut Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas, “Jom #SapotLokal Filem 2021 adalah lebih daripada satu kempen sekadar mempromosikan filem tempatan yang baru atau membekalkan filem yang akan datang. Ia adalah satu komitmen pada industri perfileman, di mana GSC bukan saja mempamerkan filem tetapi juga memacu penghasilan filem Malaysia yang berkualiti”.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid berkata, “Bagi pihak FINAS saya berbangga menyaksikan komitmen pihak Multimedia Entertainment, GSC, Astro dan Six Fun Media menerusi pelaksanaan inisiatif Jom #SapotLokal Filem 2021 ini dalam memastikan sektor industri perfileman terus diperkasa sekalipun terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19”.

Sementara itu, Produser Eksekutif filem selaku Pengarah Urusan Multimedia Entertainment, Datuk Steven Lim, turut menambah, “Kolaborasi ini juga tidak akan terhad seperti apa yang kami lihat pada hari ini. Keterbukaan kepada idea baru adalah penting demi kelestarian industri ini, di mana “Content is King”, kita memerlukan dan mengalu-alukan kandungan yang bagus bagi menyemarakkan industri kreatif tempatan untuk terus berkembang”.


Turut hadir di majlis tersebut adalah Datin Vince Chin, Pengurus Besar Multimedia Entertainment, Mazhairul Jamaluddin, Pengarah Hubungan Korporat Astro, Agnes Rozario, Pengarah Kandungan Astro, KC Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif Six Fun Media dan juga Rajay Singh and Maurice Noone, Pengarah dan Pengasas Directors Think Tank. Cuckoo, 7 Days, AHB dan KHI adalah penaja yang berkolaborasi bersama dalam filem-filem yang bakal ditayangkan.

Enam filem yang dipersembahkan adalah BIKO, sebuah filem drama romantik lakonan Baby Shima dan Azrel Ismail, RASUK, filem rasukan zombie lakonan Alif Satar dan Elisya Sandha, WAYANG PUAKA, cerita tentang sumpahan filem berpuaka, RUMAH MADU KU BERHANTU, filem komedi seram lakonan Zizan Razak dan Rita Rudaini, 3 JANDA, filem komedi lakonan Khatijah Tan, Datin Marlia Musa and Fasha Sandha serta AIRFORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA, filem aksi berkisar tentang Tentera Udara Diraja Malaysia lakonan Aiman Hakim, Dato’ Adi Putra dan Nas-T.

Menjadi perhatian majlis sudah tentulah filem AIRFORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA, di mana turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Bin Buang TUDM diiringi oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Bin Hj Abdul Samad TUDM. Di dalam ucapan beliau berkata, “Penghasilan sebuah filem yang baik berupaya mengangkat semangat keseluruhan penontonnya. Negara kita memerlukan satu garapan baru demi mengangkat semangat
patriotisma serta memartabatkan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia secara keseluruhannya. Saya penuh percaya bahawa AIRFORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA telah berjaya mencapai suatu penanda aras baru di dalam industri seni perfileman negara”.

Sementara itu, Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato’ Amar Mohd Ghazali Seth, Pengerusi Kumpulan Golden Screen Cinemas, bagi pihak penerbit filem menzahirkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia di atas bantuan dan penglibatan mereka untuk filem ini. Beliau berkata, “Filem ini membawa kita ke belakang tabir dan menyelami dengan lebih mendalam mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang Tentera Udara. Seperti barisan hadapan frontliners kita yang menghadapi wabak COVID-19, Tentera Udara merupakan barisan pertahanan pertama kami dalam menghadapi ancaman luaran yang mengancam keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia. Dengan adegan penuh aksi dan emosi, filem ini berskala epik dan saya harap anda akan teruja untuk menontonnya.”

AIRFORE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA , filem bakal pecah panggung yang penuh aksi dan menyentap emosi penonton ini membawa harapan kejayaan filem ketenteraan sebelum ini iaitu PASKAL The Movie pada tahun 2018. Filem ini bakal ditayangkan pada bulan Ogos sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Klik tajuk dibawah untuk baca info filem dan tontn trailer :





Post a Comment

Previous Post Next Post