Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 



Terima Kasih kepada Warner Bros Malaysia kerana telah menjemput kami Rekomen Filem ke press screening filem Mortal Kombat.Mesti ramai dah tahu tentang filem Mortal Kombat ni jadi jom kita terus pergi ke review filem ini. 


Adegan pembukaan yang ganas apabila Bi-Han akan Sub Zero (Joe Taslim) memburu keluarga Hanzo Hattori AKA Scorpion (Hiroyuki Sanada) dan membunuh mereka semua dengan kejam.Di adegan ini kita dapat lihat pertelingkahan Bi-Han dan Hanzo sehingga menyebabkan kematian Hanzo.Hanzo ingin membalas dendam kepada Bi-Han dengan mengatakan kepada Bi-Han ingatlah muka ni.Filem ini mengangkat plot antara Bi-Han dan Hanzo yang lebih kelihatan penting entah bagaimana pula perlu ada karakter baru iaitu Cole Young yang hanya menjadi tempelan kepada dendam Hanzo terhadap Bi-Han.


Sub Zero dan Scorpion adalah watak / karakter paling banyak diperkatakan yang tampil dengan plot menarik antara mereka berdua , jadi terasa kecewa sedikit apabila kita akan mengetahui karakter mereka terhenti disitu sahaja dan diberikan laluan kepada Cole Young,terasa sedikit membosankan dan sehingga ke scene latihan yang mengingatkan aku kepada filem Power Rangers meh... agak bosan sekali ya agak membosankan.Terasa perjalanan kisah mereka tidak begitu kuat, dan bagaimana karakter karakter mendapatkan kekuatan mereka pun agak cepat tanpa memberikan sebab dan alasan yang lebih baik untuk mereka mendapatkan kuasa tersebut.


Beralih ke karakter KENO yang terasa annoying dan merimaskan oleh kerana lawak yang ditampilkan agak berulang dan tidak merasakan ianya cukup untuk buat aku terhibur,tapi ianya agak biasa dan boleh dihadam setelah menontonnya.Mortal Kombat mempunyai potensi yang menarik ,tapi telah disia siakan peluang yang ada untuk membuat sesuatu yang lebih dari jangkaan ekspetasi.


Aksi lawan dalam filem ini koreonya agak hebat, tetapi pergerakkan kameranya agak celaru, dan membingungkan.Muzik skoring pun hanya sederhana dan tiada perasaan yang mengujakan semasa menonton filem ini, melainkan scene yang membabitkan karakter Sub Zero dan Scorpion yang mampu mencuri perhatian penonton.Tiada perlawanan gelanggang dalam filem ini, tiada juga motif dan tujuan utama tattoo Mortal Kombat kepada mereka dan agak kurang penjelasannya.


Kisah Cole Young dan keluarganya juga hanya tempelan pergerakkan plot yang tidak terasa penting hanya muncul cukup sekadar menambah perisa.Jadi Mortal Kombat masih lagi boleh ditonton dengan banyak aksi mendebarkan,ganas,berdarah darah pecah mata koyak muka dan banyak lagi.Boleh tonton di pawagam seluruh Malaysia bermula harini. Di US akan tayang di HBO MAX bermula 23 April.Bersyukurlah dapat tonton awal.

Rating 6/10 

TONTON TRAILER MORTAL KOMBAT DISINI

Post a Comment

Previous Post Next Post