Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement


 

Pertama sekali terima kasih banyak kepada United International Pictures (UIP) Malaysia telah menjemput Rekomen Filem ke tayangan media filem nominasi Academy Awars (OSCAR) iaitu PROMISING YOUNG WOMAN, bergenrekan crime drama yang dilakonkan oleh Carey Mulligan dan diarahkan oleh Emerald Fennell.Filem PROMISING YOUNG WOMAN ini akan tayang dipawagam seluruh Malaysia bermula 15 April 2021 ini.


Salah satu perkara yang terus diperjuangkan dalam masyarakat zaman sekarang adalah bagaimana mereka menilai sesuatu , terkadang yang terkait dengan kuasa, kehebatan begitu juga dengan Promising Young Woman yang mertabatkan wanita dalam perjuangannya untuk jadi paling hebat dan berkuasa untuk melindungi diri mereka dari para lelaki yang sering memandang wanita ini hal yang mudah, rendah dan boleh diperlakukan seperti patung dan menggangap ianya sesuatu yang remeh dan temeh.

Berikut kisah Cassie yang menjadi pelayan di sebuah kelab , dan sering mabuk pada satu malam dia dibawa pulang oleh seorang lelaki.Disini kita akan melihat Cassie seakan wanita lemah yang mampu diperdayakan oleh lelaki, tetapi sabar dulu Cassie sedang mengatur cara untuk memasukkan lelaki tersebut didalam perangkapnya.Cassie berubah menjadi wanita yang menghairahkan, psiko dan sifat naturalnya terlihat kejam, dengan ekspresi muka Carey Mulligan yang cukup buat penonton terkesima dengan bakat lakonannya.


“Promising Young Woman” adalah sebuah revenge-thriller yang cukup menghiburkan dan senang untuk membaca ceritanya.Paling menarik, filem ini menampilkan pelbagai elemen-elemen yang boleh membantu dan menaikkan  perkara tersebut, dan masih menjaga isi dari filemnya ingin bercerita tentang apa supaya tidak lari dari topik asal perbincangan filem ini. Faktor ini terus disusun dan dijaga rapi supaya penonton boleh menjaga para karakter dan terus memberi fokus sepenuhnya sehingga ke akhir ceritanya.Sudah banyak filem yang mengangkat isu seksual pada perempuan,kes dan reaksi kepada permasalahan ini kita akan jumpa dalam filem ini , mangsa seksual yang kembali bangkit untuk mempertahankan hak mereka,yang tampil dengan konsep dan ceritera yang unik.

Cassie karakter lakonan oleh Carey Mulligan boleh dikataka cemerlang dalam filem ini, memperlihatkan kita pelbagai reaksi dari watak Cassie yang mempunyai pelbagai sifat yang membuatkan kita sendiri tidak percaya kepada hal itu.Dibaluti dengan seribu rupa paras yang dipresentasika dari berbagai jenis perempuan, tersimpan satu prinsip kuat dengan point yang jelas dalam diri Cassie yang tak akan pernah berubah. Pada penampilan normalnya, dia juga selalu tampil feminin dengan pengilat kuku warna-warni, dress pastel yang feminin, dan pelbagai lagi.


Selain itu kehebatan lakonan dari para pelakonnya sudah semestinya membantu memberikan impak yang lebih menarik pada pergerakkan plotnya, disulami dengan muzik skoring yang rata rata memberikan kita satu pengalaman yang mengasyikkan untuk melihat Cassie membalas dendam terhadap lelaki lelaki yang liar merogol kawan baiknya Nina.Filem ingin menggunakan kaedah penceritaan linear(terus), tapi kita tidak diberitahu dulu apa tujuan visi dan misi karakternya.Penonton dibiarkan hanyut dalam perancangan Cassie dulu, ssehinggalah bertemu scene seterusnya yang akan mempertunjukkan motif dan dalang kejadian ini.Kemudian filem ini juga menarik salah satu point ketara dimana akan ada yang berfikir kenapa scene ini berakhir begini sahaja.Tenang.Cassie kan cerdik banyak lagi perancangan diatur olehnya.


Sehingga manakah filem PYW ini akan berterusan?Filem ini menunjukkan secara jelas dalam sebuah scene yang intens permasalahan yang dialami antara semua karakter dalam filem ini. Menjadi kurang dan tanda tanya adalah apakah turning point yang mampu triggered watak Cassie untuk menjadi seorang yang menggunakan kecerdasannya dalam berinteraski dan menggugut mereka yang mempunyai masalah dengan Nina disitu agak kurang.


Selain itu, kami tidak menyangka akan ada filem yang mengentengahkan dan cuba mengangkat isu berat seperti ini dan berhasil mempersembahkannya dengan agak relaks, menarik, dan menghiburkan. Lagu lagu didalam filem ini juga sedap didengar dan menarik, kepada anda yang minat filem jenayah drama yang menggunakan taktik menarik untuk menjatuhkan musuh anda perlu tonton PROMISING YOUNG WOMAN di pawagam bermula Khamis ini 15 April 2021.

Rating : 8/10 

Tonton trailer filem Promising Young Woman disini.

Post a Comment

Previous Post Next Post