Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Sudah beberapa kali filem Mencari Rahmat ditunda tayangan,Akhirnya filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 10 Jun 2021.Filem arahan Al-Jafree Md Yusop ini diinspirasikan dari teater arahan Oscar Wilde,The Importance of Being Earnest.Mencari Rahmat pernah membuat road tour ke berapa lokasi untuk tayangan khas pada September tahun 2018.Rata rata ulasan dan pujian/ke atas filem ini disambut baik oleh penonton terawal yang bertuah menonton filem ini .

Razak (Nam Ron) adalah anak yatim piatu yang kini menjadi ahli perniagaan berjaya yang tinggal di Pulau Pinang. Setelah ibu bapa angkatnya meninggal dalam kemalangan kereta, dia mewarisi segalanya dari mereka, termasuk menjaga cucu perempuan mereka yang berusia 19 tahun, Ratna (Sharifah Amani), yang juga anak yatim. Bagaimanapun, Razak adalah seorang yang suka berpesta dan mencari kesenangan, tetapi dia ingin memberikan contoh yang baik kepada Ratna. Sementara itu, Azman (Amerul Affendi) adalah anak yatim lain yang dibesarkan oleh ibu saudaranya, Datin Azizah (Adibah Noor). Datin Azizah mempunyai seorang anak perempuan bernama Rose (Nadia Aqilah) yang merupakan teman wanita Razak. Kehidupan watak-watak ini saling berkaitan ketika rahsia mereka terbongkar.

Filem Mencari Rahmat dibintangi oleh Amerul Affendi,Nam Ron,Sharifah Amani,Azman Hassan, Eric Fuzi, Nadia Aqilah, Adibah Noor dan Fauziah Nawi.

Tonton trailer filem Mencari Rahmat disini :


Ulasan Mencari Rahmat : 



 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post