Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

Baru selesai menonton filem terbaru terbitan Zeel Production di Astro First, yang dibawakan oleh Astro Shaw kini dipawagam rumah anda.Filem adaptasi novel dengan tajuk yang sama,Seandainya Kau Ada adalah filem romantik islamik arahan Haji Fazli aka Haji Zil yang telah menjalankan penggambaran di sekitar kawasan Kota Suci Mekah,Madinah,Uzbekistan,Kl dan Perlis.

Seandainya Kau Ada mengisahkan tentang Syahirah mencintai Fazlur sejak kecil. Hubungan mereka mula bertambah erat saat Fazlur melanjutkan pelajaran ke Uzbekistan dan berjanji untuk pulang mengahwini Syahirah. Namun, semuanya berubah apabila Fazlur ditangkap berkhalwat bersama Rozita di hari perkahwinan mereka dan dinikahkan dengan Rozita. Syahirah mula berpatah hati dan membawa diri ke Uzbekistan. 5 tahun di Uzbekistan, Syahirah berkenalan dengan Iskandar, jejaka Malaysia yang berjaya membuka semula pintu hatinya. Kerana percaya dengan jodoh yang ditentukan Allah, Syahirah pulang ke Kuala Lumpur untuk mengahwini Iskandar dan terkejut mengetahui punca sebenar Fazlur meninggalkannya dahulu.



Plot bergerak lurus menunjukkan hubungan Syahirah dan Fazlur yang rapat dari kecil sehingga cinta antara mereka berputik sampaikan Fazlur melanjutkan pelajaran ke Uzbekistan.Kita dapat lihat dengan jelas pembangunan dua karakter ini dan senang mengikutinya.Terkadang terasa seperti terlalu pantas antara scene ke scene seterusnya, mungkin ingin mengejar durasi 1 Jam 36 minit untuk dijadikan filem dari novel.Seperti kebanyakkan filem islamik Indonesia, filem ini mempunyai keindahan sinematografi yang mengagumkan, dan membuatkan kita lebih fokus kepada lokasi nya berbanding plot ceritanya yang sederhana.


Kisah yang ditampilkan penuh dengan tentang manusia yang pendosa cuba menebus dosanya dengan taubat kepada Allah, hal yang sama pernah kita tonton di dalam drama di tv/ telefilem.Tiada benda yang baharu atau terlalu menarik dalam filem ini mungkin peminat novelnya akan cuba terhibur dengan filemnya.Skrip yang ditulis terasa kaku dan janggal apabila terlalu banyak dialog yang dilontarkan oleh pelakon terlihat 'puitis' dan sentuhan isu agama yang seolah olah mendakwah penonton.Ini antara benda paling obvious dalam filem lokal kita yang bergenre ISLAMIK, berulang ulang.Walaupun begitu aku agak suka cara setiap karakter dipertemukan dalam takdir yang tidak sengajakan atau takdir Allah yang terlihat tidak dipaksa paksakan.


Pemilihan pelakon bagi aku tiada masalah, Raysha Rizrose melakonkan wataknya dengan mudah sederhana tapi berkesan, termasuk Fendy Bakry dan dibantu baik oleh Aidit Noh.Sedikit kecewa untuk lakonan Ruhainies yang kurang berkesan dipertengahan cerita terasa dibuat-buat,sehingga ke penghujung cerita baru kita dapat rasakan keikhlasan lakonannya.Agak annoying juga dengan audio filem ni masa karakter nak bercakap  terasa audio ada bunyi bunyi yang tak menyenangkan.Oh iya lagu tema Dato Siti Nurhaliza memang enak didengar tapi rasanya tak perlu digunakan dari awal cerita hingga habis dah macam music video offical, itulah filem lokal kita untuk filem cinta, mudah membuai penonton dengan lagu OST untuk menaikkan mood penonton walhal bila repeated terasa annoying.


Seandainya Kau Ada masih menghiburkan dan pengajaran yang lebih mudah difahami,diulit kecantikkan lokasi penggambaran yang lembut memandang.Buat anda yang menggemari genre Islamik Romantik dan nak menghiburkan diri bersama keluarga silalah langgan di Astro First Channel 480,Astro on Demand Astro Go dan juga Astro Ultrabox.

Rating : 6/10 







Post a Comment

Previous Post Next Post