Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Pada hari Selasa yang lalu Rekomen Filem telah dijemput ke tayangan media filem Nobody oleh United International Pictures Malaysia, bertempat di GSC 1 UTAMA.Tayangan media di awal pagi,biasanya mata akan layu tetapi filem Nobody tampilkan aksi ganas yang dinamik serta jalan cerita yang menarik dan menghiburkan.Skrip filem ini itulis oleh penulis yang sama untuk filem John Wick, Derek Kolstad jadi Nobody memang mempunyai tema dan gaya yang sama seperti John Wick.


Nobody mengisahkan tentang Hutch walaupun Hutch Mansell bukan siapa-siapa, sering diabaikan sebagai suami dan ayah dan diabaikan sebagai jiran, kemarahan yang tidak diketahui muncul dalam dirinya ketika dua pencuri masuk ke rumahnya. Ini membuatkan ianya pulang ke jalan gelap dan kejam yang akan membongkar rahsia gelap yang telah dia usahakan untuk ditinggalkan.

Filem aksi NOBODY ini banyak menggunakan elemen keganasan, dimana pertarungan yang terjadi sama ada menggunakan tangan kosong , memakai senjata tajam atau pun menggunakan picuan tembakan senjata api cukup berdarah-darah atau masuk kategori gore. Ilyas Naishuller pengarah dikatakan berhasil  menjaga suasana tegang di hampir sepanjang filem ini diputar dengan rapi dan kemas.


Di permulaan babak kita dapat menyaksikan seorang lelaki yang sedang memberikan makanan kepada kucing dengan melihat sosok tubuhnya yang bercalar balar seperti baru lepas selesai bergaduh dan dari situlah kita akan berkenalan dengan Nobody.Kita dibawak ke aksi kilas kembali babak babak hariannya dengan pantas menunjukkan dia lelaki yang tidak berguna dalam hidupnya.Isteri dan anak anaknya juga menjalani hidupnya dengan cara yang sama dan berulang ulang kali.Tetapi pada satu malam , ada perompak yang memasuki rumahnya dan mengubah keseluruhan hidup Mr Nobody.Dari seorang pendiam ke seorang pendendam yang sadis.



Memang seronok menyaksikan adegan pertarungan yang mendebarkan dan brutal,yang seakan akan John Wick ini.Mungkin kerana datang dari penulis yang sama jadi Nobody dan John Wick tidak ada jauh perbezaan.Dari execution pengarah yang lebih matang dan menggemaskan dengan penuh tata tertib.Walaupun begitu, masih ada beberapa kekurangan kecil yang ada didalam filem  ini.Kurang diberi eksplorasi untuk karakter isterinya, yang terasa hanya sekadar diletakkan sebagai penyeri cerita.


Akhirnya,walaupun penuh dengan keganasan dan satire jokes, Nobody mempunyai nasihat yang cukup mendalam dan simbolik tentang family value, walaupun bertimbul konflik, ikatan dalam keluarga sepatutnya tetap kuat dan tak mudah untuk dipisahkan. 


NOBODY TAYANG DI PAWAGAM 13 MEI 2021


Rating : 7.5/10







Post a Comment

Previous Post Next Post