Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement



Semalam Rekomen Filem telah menghadiri tayangan media untuk filem blokbuster Korea,Seobok.Kami dijemput oleh GSCMOVIES untuk menonton filem ini, jadi terima kasih banyak kepada GSCMOVIES team kerana sudi menjemput kami untuk menonton filem anda.

Apabila sifat manusia yang ingin sentiasa hidup membuak-buak, adakah mereka betul betul ingin hidup seperti biasa seperti manusia melaluinya atau mereka takut kepada kematian yang akan mengejar mereka?Kenapa manusia perlu takut mati sedangkan mati hanya tidur yang berpanjangan kepada manusia?Bukankah harusnya kita lebih takut dengan hidup,hidup di dunia yang menyakitkan dan penuh pancaroba sama seperti dua protagonis dalam filem Seobok,bekas ejen yang handal yang menanti maut oleh kerana penyakit tumoil otak dan klon yang sepatutnya boleh hidup abadi tetapi mempunyai prinsip seperti hidup manusia dari pengarah/penulis Lee Yong-ju membawa kita bersiar siar mencari dan mempelajari semua pertanyaan di atas, termasuk akal fikiran kita sendiri untuk filem blokbuster ini, walaupun tak semua pertanyaan tersebut mendapat jawapan yang tepat dan memuaskan.



Hidup Min Ki-hun (Gong Yoo) hancur dengan penyakit dialaminya da akan berumur pendek,tambahan lagi lebih obses untuk menghidu ubat ubat yang banyak. Bekas bosnya Ahn (Jo Woo-jin), memintanya untuk menjalankan satu misi,iaitu melindungi Seo Bok (Park Bo-gum), manusia klon pertama dihasilkan yang memiliki hidup abadi. Sel dalam tubuhnya juga dipercayai boleh menyembuhkan semua penyakit. Bukan itu saja, kekuatan super lain juga dimiliki oleh Seo Bok. Gelombang otak Seo Bok dapat mengawal tekanan semua benda, sehingga ia mampu menggerakkan apa pun melalui akal fikiran.

Disini (Seo Bok) durasinya agak lama 1 jam 55 minit, di 1 jam pertama boleh dikatakan filem ini sangat draggy menunjukkan perjalanan Min-KI dan Seo-Bok yang saling bertukar soalan satu sama lain tentang kehidupan yang baik, atau kematian yang lebih baik yang agak lama sehingga kita merasakan ianya sudah melepasi plot penceritaanya yang harus difokuskan , senang cerita yang lebih penting.1 jam pertama sangat terasa road tour movie dimana dua karakter ini beradu lakonan drama yang tragis tentang mereka sebagai manusia dan klon.


Ketika mereka berdua saling bertukar pendapat, mereka yang dimakmal untuk mendapatkan Seo Bok memburu mereka, didalam perjalanan pelbagai rintangan dihadapi mereka.Sehingga Min-KI mula rasa bersalah tentang kisah silamnya dan mengambil berat tentang Seo Bok, kerana Seo Bok memiliki backstory yang sangat menyedihkan dan mengharukan hati Min-KI. Dampak emosi dari persembahan dramanya juga menjadi padat hanya kerana beberapa adegan berlangsung lebih lama dari sepatutnya.Seo Bok, berakhir tidak membosankan kerana penampilan dua karakter ini dalam aksi yang baik dan enjoyable, chemistry Gong Yoo dan Park Bo Gum sangat baik, dan kita dapat lihat Gong Yoo memberikan lakonan yang baik sebagai Min-KI malangnya Park Bo Gum hanyalah patung tanpa eksperi muka yang kurang menarik untuk watak Seo Bok..


Akibat pengarah lebih menekankan drama yang lama, kita jadi hilang pengetahuan banyak tentang karakter Min-KI,banyak soalan tidak diperjelaskan dengan jelas,walaupun begitu Seo Bok masih lagi filem yang baik dan boleh ditonton untuk umum.Seo Bok esok tayang di pawagam Malaysia.

Rating : 7/10 




Post a Comment

Previous Post Next Post