AKU AKAN MENYUSUL DALAM SETIAP KETURUNAN MU!
Selain dari itu , Dendam Kesuma juga akan menampilkan sudut agama dalam filem ini, untuk mengajar penonton cara mendekatkan diri dengan tuhan dan membuang / mendekatan diri dengan segala amalan syirik.Di bawah satu bumbung/dalam keluarga perlu bersatu untuk menguatkan lagi dinding pertahanan supaya sentiasa jauh dari hasutan syaitan dan juga ikatan kasih sayang dan kekeluargaan akan menguatkan lagi hubungan serta meleraikan sentiasa permasalahan yang berlaku.Ini antara objektif yang ditekankan dalam filem Dendam Kesuma nanti.
Oleh itu, Jefri juga akan menampilkan permainan suspens dan thrill dalam filem ini untuk mewujudkan atmosphere yang menegangkan kepada ahli keluarga ini terhadap sesuautu yang akan membuatkan keluarga ini menjadi tidak bertahan dan tertekan.Apa yang boleh dikatakan filem ini juga akan menyentuh tarian traditional dimana ada terlihat dalam beberapa adegan didalam trailer filem ini.
Dendam yang membawa kesengsaraan dalam jiwa. Itulah dalaman isi hati seorang perempuan. Hadri menantu kepada Kesuma mengalami kemurungan dan tekanan perasaan semenjak berpindah balik ke rumah Kesuma iaitu ibu kepada isterinya Meena. Mereka mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Ali dan Suri. Suasana dirumah agak tertekan dan suram akibat daripada gangguan – gangguan yang sering dihadapi oleh keluarga ini. Meena sebagai isteri senantiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Walaubagaimanapun nasihat si isteri sentiasa tidak diendahkan. Suri juga mengalami gangguan dimana dia sering didekati oleh arwah neneknya yang tidak dikenalinya sebelum ini. Kelakuannya sentiasa menimbulkan tanda tanya oleh Meena. Meena cuba menguatkan diri untuk keluarganya tetapi gagal. Ali juga menjadi mangsa gangguan apabila Suri diganggu. Tekanan semakin hebat apabila Suri kelihatan semakin sugul dan bermain seorang diri dan gangguan di dalam rumah bermula. Keadaan berterusan sehinggalah Hadri dibukakan pintu hati untuk mendekati Allah S.W.T. Hadri mula mendapat kekuatan.
TONTON TRAILER DENDAM KESUMA DISINI
Post a Comment