Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

(KREDIT FOTO : RCTI+)

Baru baru ini hangat dan kecoh dengan isu drama series yang pernah menjadi kontroversi dan fenomena di Malaysia iaitu drama Nur terbitan Radius One karya Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, yang ditayangkan oleh stesen tv di Indonesia hanya 1 episode sahaja kerana kurang sambutan.Oleh itu program drama Nur yang sepatuntya tayang di MNCTV Indonesia pada jam 4.30 pagi WIB / 5.30am Malaysia diturunkan dan pada mulanya digantikan dengan sinetron Indonesia dan sekarang digantikan dengan drama arab Omar Umroh Pertama Rasullulah. Berita ditayangkan hanya episode pertama tidak benar sama sekali,kerana ada penonton Indonesia memberitahu drama ini ditayangkan sehingga episode 4 sebelum diturunkan dan digantikan dengan sinetron Indonesia dan Omar Umroh Pertama Rasullulah.



Menurut Shahrulezad juga drama Nur ini telah dijadualkan kembali tayang di MNCTV dan Muslim TV pada harini 1 Mei, di MNCTV bermula 4.30 pagi waktu Indonesia dan Muslim TV jam 6.00 petang waktu Indonesia.Shahrulezad menyelar kembali kenyataan Zed Zaidi berkenaan drama tv "SYOK SENDIRI" punca drama Malaysia gagal!


Guys. Actually abam dapat jadual baru tayangan drama Nur di Indonesia dari minggu lepas lagi. Tapi abam malas nak update kat sini sbb abam macam nak move on jer dengan issue kenapa drama Nur dihentikan serta merta di sana walaupun baru ditayangkan satu eps.

 

"KINI PENONTON INDONESIA BOLEH TONTON NUR MUSIM 1 SECARA RASMI DI PLATFORM STREAMING ONLINE RCTI+"

 Kini difahamkan RCTI+ telah menayangkan Nur Musim 1 di platform streaming official RCTI sendiri juga bawah pengurusan MNCTV, dengan episode terbaru Episode 6.Mungkin diatas desakan peminat drama Nur ini disana jadi pihak pengurusan terlibat tayangan kembali drama in, masih menjadi pertanyaan juga apakalah alasannya sebenarnya series ini diturunkan pada episode keempat.

(KREDIT FOTO : RCTI+)

(KREDIT FOTO : RCTI+)

(KREDIT FOTO : RCTI+)

(KREDIT FOTO : RCTI+)

Jadi kepada semua penonton di Indonesia dan juga peminat drama Radius One dan fans kepada Budak Ijat selamat menonton drama Nur di aplikasi streaming RCTI+. Ikuti perjalanan Nur mencari cahaya kebahagiaannya bersama Ustaz Adam!

Tekan link ini untuk menonton drama NUR di RCTI+!

Post a Comment

Previous Post Next Post