Sumber dari Netflix
Sekarang masih berada didalam musim pandemik Covid 19, sudah semestinya banyak filem filem yang terhenti tayangan di pawagam, dan kebanyakkanya terus ke platform streaming berbayar termasuk filem yang baharu akan tayang di Netflix dari Indonesia arahan Lucky Kuswandi (Madame X,Galih & Ratna,Selamat Pagi Malam)Ali & Ratu Ratu Queens.Dibintangi oleh pelakon remaja terkenal di Indonesia,Iqbaal Ramadhan yang popular menerusi band kanak kanak Indonesia Coboi Junior , dan terus meraih populariti setelah membintangi filem Dilan Trilogi (Dilan 1990,Dilan 1991 & Milea : Suara Dari Dilan) sebagai pelakon utama Dilan dan berjaya mencatat pengikut terbanyak di instagram sebanyak 12.4 juta pengikut.Iqbaal juga meraih anugerah di International Film Festival & Awards Macao , untuk kategori Variety Asian Stars: Up Next.Selain itu Iqbaal juga tercalon dalam kategori pelakon lelaki terbaik di Piala Citra, Festival Filem Indonesia untuk filem Dilan 1990 yang menjadi Boxoffice Hits di Indonesia dengan jumlah 6.8 juta penonton.
Nirina Zubir, Tika Panggabean, Asri Welas, Selamat Salma
Sumber dari Netflix
KENAPA PERLU TONTON ALI & RATU RATU QUEENS DI NETFLIX
PADA 17 JUN 2021?
Filem ini mengisahkan tentang Ali (Iqbaal Ramadhan) yang berusia 19 tahun yang memutuskan untuk meninggalkan Jakarta ke New York untuk mencari ibunya (Marissa Anita) yang telah lama hilang, yang bermaksud banyak pemandangan indah di bandar.
Ali memulakan perjalanan yang mengubah hidup ke New York di mana dia bertemu dengan empat pendatang Indonesia yang sangat menyenangkan dan berwarna-warni (Nirina Zubir, Tika Panggabean, Asri Welas, Selamat Salma) dan seorang wanita muda Eva (Aurora Ribero).
Iqbaal Ramadhan & Aurora Ribero
Sumber dari Netflix
Gina S Noer (Penulis) Sumber : CreativeMornings
Lucky Kuswandi (Pengarah) Sumber : Manual Jakarta
Tonton trailer penuh disini:
Post a Comment