Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Semalam adalah hari paling menggembirakan kepada semua penduduk Malaysia, menyambut kehadiran aplikasi platform streaming popular antarabangsa, Disney+ Hotstar yang menampilkan pelbagai konten menarik dari Disney, seperti Marvel, Star Wars dan sebagainya dan juga Hotstar originals, menawarkan pelbagai konten Asia yang cukup menarik untuk ditonton termasuk filem lokal terbaru yang terus menjadi Hotstar Originals dari Infinitus Films Malaysia dengan kerjasama Primeworks Studio,Tgv Pictures & Sunstrong Entertainment iaitu J2 : J Retribusi kesinambungan kepada filem blockbuster Malaysia 4 tahun yang lalu, J Revolusi.

J2 : J RETRIBUSI SEDANG HANGAT

DITAYANGKAN DI PLATFORM

STREAMING DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA! 



J2 : J Retribusi ini mengisahkan bekas anggota UTK, yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi untuk anak perempuan hartawan hotel Dato Hashim (Rosyam Nor') iaitu Nadi (Ainin Batrisya).Ketika  mereka di hotel,sekumpulan pengganas diketuai Taufiq (Arwah Ahraff Sinclair) telah menjadikan wartawan sebagai tebusan , Jay perlu melindungi Nadi dan menyelamatkan mereka.


Untuk penceritaan tiada yang menarik untuk digali kerana plotnya terus menuju ke isi aksi padat di minit 15 sehingga ke penghujung cerita dimana tiada perkembangan plot penting, dan pembangunan karakter yang mendalam melainkan cerita ini disi dengan aksi padat yang ala ala Hollywood meningatkan kembali kepada filem lakonan Berdurasi sekitar 95 minit, filem ini dipenuhi dengan aksi yang cukup dari tembak menembak sehingga ke aksi seni mempertahankan diri dan letupan sehingga anda sudah tidak lagi merasakan untuk mengambil kisah lagi pada jalan ceritanya.Asalkan Jay bergaduh dan ada letupan dengan koreografi dan cinematography yang baik sudah cukup untuk menikmati J2 : J Retribusi ini sehingga selesai.

Ada beberapa transisi menarik dan juga shot yang boleh dikatakan agak hebat untuk sebuah filem aksi Malaysia.Terasa seperti menonton filem filem aksi luar negara dek kerana hasil "camera works" yang bergerak berenergetik dari seorang DOP , Teck Zee Tan.Mampu membuat penonton terpaku ditambah lagi dengan suntingan yang sederhana itu masih boleh dinikmati.

Selain Zul Ariffin yang dicop membawak watak dengan baik seakan akan Bruce Willis oleh netizen di facebook, Ashraf Sinclair sebagai watak jahat bernama Taufiq juga lebih baik persembahannya berbanding Farid Kamil dalam J Revolusi. Walapun filem ini terlalu ramai pelakon, para pelakon berjaya memberikan sokongan penuh kepada karakter utama termasuk Nadi.


Jika anda adalah penggemar sebuah filem aksi padat tanpa perlu berfikir, dan mengambil kisah kepada jalan ceritanya J2 : J Retribusi akan memuaskan hati anda sebagai penonton.J2 : J Retribusi antara action flick popcorn yang menghiburkan serta mampu menarik perhatian untuk melihat beberapa percubaan yang baik dari pengarah baru yang ada potensi untuk kedepan  Nazrul Asraff Mahzan & Nazim Shah.Kudos juga kepada penulis Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf!

Anda boleh melanggan aplikasi Disney+ Hotstar Malaysia hanya RM54.90 3 bulan untuk melanggan boleh klik pada link tersebut : https://www.hotstar.com/my atau terus memuat turun aplikasi di Appstore dan Googe Play Store.

Tonton trailer penuh J2: J Retribusi disini : 

Rating J2 : J Retribusi : 7/10 

Post a Comment

Previous Post Next Post