Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 


Filem seram thriller dari negara seberang "Jangan Sendirian" arahan X.JO kini tayang di pawagam rumah anda Astro First saluran 480,Astro on Demand ,Astro GO dan juga di Astro Ultra BOX!Setelah berjaya ditayangkan dibeberapa negara di Asia termasuk Malaysia dan Indonesia, Jangan Sendirian kini boleh ditonton di kaca TV anda!Setelah ini, filem Jangan Sendirian akan mula melebarkan sayap ke Eropah & Amerika.

Jangan Sendirian ini mengisahkan tentang Roh iblis menghantui dan menyerang manusia, satu persatu ketika mereka bersendirian. Tidak diketahui sama ada mangsa menjadi sasaran atau secara rawak; hanya bahawa mereka berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah. Atau mungkin mangsa menjadi sasaran. Ketakutan, kepanikan dan histeria menimpa orang-orang, dan mereka mesti mengetahui apa yang menyebabkan iblis muncul dan hubungan antara semua mangsa dan roh. Filem seram thriller ini dibintangi oleh Jasi Michele Tumbel, David John Scaap, Agatha Valery dan Henry Boboy, dan mendiang Robby Sugara.

Sejak tayangan dari minggu lalu Jangan Sendirian berjaya masuk ke dalam carta TOP 5 Astro First!Langgan Jangan Sendirian menerusi saluran 480 atau Astro On Demand ,ASTRO GO!


Tonton trailer Jangan Sendirian disini : 



Post a Comment

Previous Post Next Post