Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

Sumber dari Netflix

Minggu lepas Rekomen Filem telah diberi peluang oleh Netflix,untuk kami menonton filem original Netflix dari negara seberang iaitu Indonesia, arahan Lucky Kuswandi yang bertajuk Ali & Ratu Ratu Queens!Filem tentang penggambaraan seorang remaja lelaki yang bernama Ali (Iqbaal Ramadhan) yang terbang ke New York untuk mencari ibunya yang hilang dan mencapai impian di Kota Queens!Disana dia bertemu dengan 4 orang imigran dari Indonesia, dan belajar erti keindahan "kekeluargaan".

Sumber dari Netflix

Hasil kerjasama penulis skrip Gina S Noer (Dua Garis Biru) bersama Lucky Kuswandi (Selamat Pagi Malam) sememangnya membuah hasil yang baik dan menghiburkan untuk filem terbaru mereka Ali & Ratu Ratu Queens.Kita dapat melihat isi dalaman tentang perhubungan kekeluargaan antara anak ibu dan ayah, serta bagaimana orang orang Indonesia melalui liku liku kehidupan di negara orang lain terutama New York.Keterlibatan para pelakon dalam filem ini cukup memberi impak yang baik kepada setiap karakternya yang telah dibangun dengan baik oleh penulis skrip dan pengarah serta para pemainnya yang sangat memberikan usaha sebaik mungkin untuk menggalas karakter masing masing.Menariknya lagi filem ini mempunyai elemen agama, bangsa, dan negara yang pesat membangun dengan cara halus dan tulus filem ini menangani semua perkara itu, melalui watak yang ada. Humornya dalam filem ini terasa penuh dan banyak yang mampu dihadam oleh setiap penonton.

Sumber dari Netflix

Dari plot penceritaannya mudah,disalut kemas, padat dan sangat menghiburkan untuk sebuah filem keluarga.Kita masih dapat merasakan erti kekeluargaan ,persahabatan yang kuat dari setiap karakter.Di kala pandemik yang serba serbi membingungkan akal fikiran ,berjauhan dengan keluarga pasti akan dapat merasai karakter Ali yang cuba mencari ibunya yang hilang di Kota Queens.Pelbagai kisah menarik,yang boleh membuatkan kita ketawa ,menangis dan sedih,kecewa dalam filem  ni.Pemandangan Kota Queens dari POV mata Ali bukanlah menjual lokasi lokasi menarik, tetapi bagaimana rasanya hidup dalam komuniti campuran ketika berada di kota seribu impian yang penuh dengan penduduk yang sentiasa berjuang dan bermacam hal lainnya.Filem ini sesuai ditonton seisi keluarga.Tontonlah di Netflix bermula Khamis 17 Jun 2021.

Tonton trailer disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post