Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

Sumber :Le Mediator Studio & Konda Kondi Studio (Far East Film Festival) 

Penyertaan Prebet Sapu ke Far East Film Festival ke-23 (FEFF23) merupakan penyertaan kedua filem ini ke festival antarabangsa selepas Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) pada November lepas. Filem Malaysia yang pernah menyertai festival ini pada edisi lepas adalah “One Two Jaga” (Namron) “Bunohan” (Dain Said) dan “Roh” (Emir Ezwan).

Kami dengan sukacita ingin memaklumkan filem Prebet Sapu atau judul Inggeris Hail, Driver! telah dipilih untuk bertanding dan ditayangkan di Far East Film Festival ke-23 di Udine, Italy. Filem ini juga dicalonkan untuk Anugerah Mulberry iaitu anugerah untuk sutradara filem pertama atau kedua. Tayangan Prebet Sapu di festival ini juga merupakan Tayangan Perdana Eropah.

Sumber :Le Mediator Studio & Konda Kondi Studio (Far East Film Festival) 

Prebet Sapu merupakan filem pertama Muzzamer Rahman yang dilakonkan oleh Amerul Affendi dan Mei Fen Lim. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan yang dihadapi oleh anak muda berbeza latarbelakang di Kuala Lumpur pada hari ini. Filem dalam hitam-putih ini dijayakan dengan penampilan istimewa oleh Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Roslan Madun, Chew Kin Wah, Nadiya Nisaa, Megat Shahrizal, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Atoi Tohet & Shah Kimin. Prebet Sapu diterbitkan oleh Bebbra Mailin dan Azharul Azmir Kamarulzaman.

Sumber :Le Mediator Studio & Konda Kondi Studio (Far East Film Festival) 

Far East Film Festival merupakan sebuah festival filem yang mempromosi sinema Asia di Eropah. Terdapat 63 filem dari 11 negara yang terpilih untuk edisi festival kali ini. Penyertaan Prebet Sapu ke Far East Film Festival ke-23 (FEFF23) merupakan penyertaan kedua filem ini ke festival antarabangsa selepas Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) pada November lepas. Filem Malaysia yang pernah menyertai festival ini pada edisi lepas adalah “One Two Jaga” (Namron) “Bunohan” (Dain Said) dan “Roh” (Emir Ezwan).

Sumber :Le Mediator Studio & Konda Kondi Studio (Far East Film Festival) 

Sumber :Le Mediator Studio & Konda Kondi Studio (Far East Film Festival) 

Kami berbesar hati kerana filem ini akan ditayangkan di panggung fizikal dan juga secara online sepanjang festival bermula 24 Jun-2 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut tentang festival ini boleh ke laman https://www.fareastfilm.com.Prebet Sapu merupakan sebuah filem terbitan Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio. Prebet Sapu dijangka akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada masa terdekat.

Poster Rasmi PREBET SAPU aka HAIL DRIVER!

Tonton trailer filem PREBET SAPU aka HAIL DRIVER! disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post