Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 SOFEA & BLACK AKA 444 KEMBALI DI VIU


Sumber dari VIU

Terima kasih kepada team Madhat Asia & VIU sebab telah memberi peluang kepada kami team Rekomen Filem untuk menemu bual para pelakon series terpopular di VIU , BLACK yang kembali dalam musim kedua diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.Masih menampilkan para pelakon yang sama dan ada juga yang baru,semestinya masih lagi berpeluang melihat Siti Saleha & Kamal Adli beradu lakonan sebagai watak utama dalam series ini.Black adalah series adaptasi Korea, musim pertamanya diarahkan oleh Razaisyam Rashid.

Soalan : Apa yang membezakan Black musim kedua berbanding musim yang pertamanya & apa yang istimewanya Black Musim 2 boleh berikan kepada penonton?Adakah penonton akan dapat melihat lebih banyak aksi padat dalam Black Musim 2 dan bagaimana anda menvisualkan Black Musim 2?

Ghaz :Okay, saya rasa untuk musim kedua,memang sepatutnya saya membuat rujukan dari musim pertama,dan awak tahu yang mana saya lebih suka dan kurang suka,dan itu bukanlah perkara yang perlu difikirkan,dan bahagian yang paling susah dan rumit kami perlu seimbangkan beberapa aspek dari reka bentuk produksi yang saya perlu konsisten dari musim sebelumnya dan itulah cabarannya yang saya perlu ambil tapi sudah tentu saya lakukan dengan gaya saya sendiri,visi saya sendiri untuk musim yang kedua.dari segi perwatakan watak, dari segi aturan aksi ,dari segi aspect ratio untuk musim baru.Kalau anda ingat,musim pertama telah disiapkan dalam aspect ratio 235,tapi untuk musim baru ini lebih kepada 2.1 aspect ratio.Dia memberi saya pengalaman dan perasan yang lebih baik menontonnya di tablet atau laptop ataupun smart tv.,yang saya telah lakukan malam tadi tonton di smart tv saya rasakan seperti kepuasan , apabila saya melihatnya menggunakan fullscreen.Dar segi karakter kami berjaya pergi lebih dalam untuk setiap karakter seperti apa yang Nam Ron katakan tadi, setiap karakter diteroka lebih dan kita dapat melihat sisi baik dan gelap untuk dia dari musim sebelumnya.Sudah tentu karakter Khir Rahman dan mengejutkan untuk karakter Riz Amin juga dalam musim ini kami sangat menikmati dan macam tak sangka Riz Amin dapat memberikan prestasi besar dalam musim kedua.Untuk Kamal sudah tentulah seperti kita tahu dia perlu seimbangkan persona, gayanya,dalam musim ini tapi kami masukkan beberapa elemen cinta dengan lebih mendalam yang mana penonton tidak pernah lagi melihatnya di dalam musim pertama.Untuk musim kedua saya memikirkan separuh dari penonton jenis tidak menjangka kami akan menuju ke arah itu tetapi kami berjaya mengekalkannya dengan baik.Jadi saya rasa untuk melihat perkara itu berlaku ianya memberikan satu perasaan  yang memuaskan di penghujung hari nanti dan menerusi  dengan Sein ,bahagian paling menarik untuk membuat keseluruhan musim kedua ini kami selalu melantunkan idea kadang-kadang saya terlepas pandang beberapa shot ,beberapa lakonan dan Sein juga datang dari latar belakang sebagai pelakon banyak membantu saya untuk melakukan beberapa perkara berbeza , perbezaan gaya lakonan dan inilah antara yang unik dalam musim kedua.Nak lepaskan para pelakon untuk melakukannya dengan cara mereka sendiri atau mengawal mereka dalam pada masa yang sama itulah bahagian menarik untuk saya berkerjasama dengan Sein untuk musim ini.Bagi saya para pelakon juga sangat menikmati proses ini sebada pre produksi dan post produksi saya dan Sein selalu memberi idea dan memberitahu para pelakon arahan yang sama kami tidak menghadapi konflik dalam sesi arahan kami untuk kesemua episode.

Sein : Untuk itu kami perlu memahami untuk mencapai visi yang kami cuba mahukan,kami berdua mencuba untuk memahami karakter dan hubungan dari musim pertama.Menerusi perbincangan kami tahu apa visi yang kami mahu capai , dan komunikasi kami kepada para pelakon pun tiada masalah seba seingat saya antara para pelakon dan kami sangat jelas visi jenis apa yang mahu kami tekankan dalam pengarahan dan inshallah akan ada lebih banyak yang mendatang.

Soalan : Bagaimana para pelakon seimbangkan watak mereka dari musim pertama untuk musim kedua?Senang ke susah?

Siti Saleha : Saya rasa senang sebab kami pun dah pernah shooting musim pertama, jadi kami tahu watak watak dalam cerita ni macam mana dia punya perwatakkan.Jadi seperti Sofea dalam musim pertama dia ada kelebihan dan dia tak tahu macam mana nak guna sebab dia agak takut jadi mungkin anda akan nampak graf pembangunan karakter dalam musim kedua dan lebih drastik dan dia lagi berani dan tak takut dah dan dia bertekad pada tujuan untuk mencari pembunuh ayah dia yang sebenar.Kita boleh nampak perubahan pada Sofea dia bertekad dan tak takut sangat GANGSTER la .Dia agak degil dan tidak mahu mendengar cakap orang lain, tidak Loqman tidak Black,dan ianya sangat mudah untuk masuk kedalam karakter Sofea dan kami tidak mahu bandingkan versi Melayu dengan Korea sedikit sebanyak alirannya sudah ada disitu.Jadi bila saya tengok balik jalan cerita dan saya buat Sofea rasa takut seperti macam dia jadinya sangat baik untuk saya,saya tak banyak stunt jadi tak banyak cabaran untuk saya.Hanya pada pembangunan karakter la Sofea ni kita nampak dia dari takut menjadi wanita yang gagah.

Soalan : Black adalah diadaptasi dari Korea lakonan Go Ara dan Song Seung Heon , untuk karakter Sofea dan 444 adakah anda berdua membuat rujukan dari original karakter untuk membawa watak anda sebagai Sofea dan 444?Apa yang menariknya watak Sofea dan 444 , dan apakah yang paling anda minat pada karakter anda?

Siti Saleha : Okay jadi kita dah dapat skrip dan kita tahu ianya diadaptasi dari Korea.Jadi kami buatlah ulang kaji dan rujuk watak kami dari mereka(original)kami menonton sepenuhnya.Untuk saya sangat mudah dan saya sangat berkait dengan dia , kita tengok dia ada zaman kanak kanak yang sangat kasar,dia hilang ayah dia ,dia banyak melalui sumpahan ini yang mengejarnya sepanjang hidupnya.Ianya aliranya yang bagus tapi kita sebagai pelakon kita tak nak buat 100% apa yang dia buat.Kami tak nak tiru dia bulat bulat jadi saya buat menggunakan gaya saya sendiri, jadi saya buat dari apa yang Sally ada dan sudah tentu kita perlu adaptasikannya ke budaya kita.Cara kita MALAYSIA!Sebab budaya Korea lain.Jadi saya buat menggunakan cara saya sendiri , dan saya terima beberapa maklum balas cakap Sally lain dari apa yang Korea tu bawak jadi sangat bagus.Terima Kasih.Saya tak nak jadi sama macam Korea, dan apa yang uniknya pada Sofea dia ada kelebihan sesuatu yang saya tidak pernah lakonkan sebelum ini , kan semua watak watak macam Kamal la, cintan cintun ,bercinta tepi pantai.Cerita ni memang tak klise langsung.Sedikit sebanyak watak Sofea ada pada saya seperti degil,kekok dan kita melihatnya seperti budak tapi sebenarnya tidak .Saya sangat menikmati membawa karakter Sofea ini sebab saya suka perkembangan karakter dia dari musim pertam hingga musim kedua nampak dia lagi berani dan jatuh cinta.Jadi semua karakter karakter dalam ni jatuh kepada karakter yang sangat bermakna.

Kamal Adli : Saya tengok sekejap saja yang versi asal untuk tahu karakter macam mana tapi setelah itu saya memilih untuk menggunakan cara saya sendiri.Saya pun tak tahu kenapa saya terpilih sebab saya tak kena pun dengan Korea tu.Memang banyak berbeza la ,untuk Black melayu pun kita ada buat tambahan scene untuk aksi berbanding Korea dari segi bahasa pula lebih dekat dengan orang Malaysia sebab kita nak buat satu cerita yang dekat dengan penonton.Mereka lagi boleh faham dan mereka tak boleh bandingkan Korea dan Melayu supaya mungkin dia tahu jalan cerita tapi bila tengok yang versi Malaysia dia akan terlupa sekejap yang Korea punya sebab kita angkat benda yang memang Melayu ,Melayu yang sekarang nilah dengan bahasa normal kita bercakap dengan orang.Mencarut carut semua tu tu pun  ada juga jadi inilah benda yang buat musim pertama sukses.Saya harap penonton faham dan tengok akhir Black ni macam mana.Black seorang yang poyo sebab dia tak tahu apa dunia Manusa ni, dan dia pun adah acah acahjambu nak bercinta jadi musim pertama pengenalan karakter dan musim 2 dia dah dapat rasa.Dari sini memang dah nampak lain dari lakonan sebelum ni.Team pun best .

Tonton trailer BLACK MUSIM 2 disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post