Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

"Keluarga bukan jalan sehala"

 

Sumber dari NETFLIX

Sumber dari NETFLIX

Pada hari Rabu yang lalu pihak Rekomen Filem diberi peluang untuk menanyakan soalan kepada para pelakon filem terbaru arahan Lucky Kuswandi, Ali & Ratu Ratu Queens yang akan tayang di Netflix seluruh negara ada 17 Jun ini.Terima Kasih kepada Netflix team berikan peluang ini kepada kami disini.Filem ini dibintangi oleh Iqbaal Ramadhan,Marissa Anita,Nirina Zubir,Asri Welas,Tika Panggabean,Happy Salma,Aurora Ribero,Bayu Skak,Cut Mini dan Ibnu Jamil.Filem ini juga skripnya ditulis oleh Gina S Noer (penulis Dua Garis Biru).

Sumber dari NETFLIX

Ali & Ratu Ratu Queens ini mengisahkan tentang Ali memutuskan untuk meninggalkan Jakarta ke New York untuk mencari ibunya yang telah lama hilang, tetapi akhirnya dia menemui empat pendatang Indonesia yang sangat menyeronokkan dan berwarna-warni yang tinggal di Queens. Perjalanannya dengan Queens membawa dia untuk menyedari apa sebenarnya makna keluarga.

Sumber dari NETFLIX

Q&A bersama penerbit , penulis dan pengarah

Sumber dari Netflix

Bagaimana terhasilnya idea untuk membuat filem Ali & Ratu Ratu Queens?

Showrunner/Producer Muhammad Zaidy (Eddy): Idea ini pertama kali muncul pada akhir 2014 atau awal 2015 ketika Gina dan saya bercakap mengenai pengalaman saya tinggal di New York. Selama enam bulan pertama saya di sana, saya menetap di sebuah pangsapuri sederhana di kawasan Queens yang dipenuhi pendatang, di mana saya bertemu dengan pelbagai orang sekumpulan orang yang hidupnya sangat berbeza dengan saya - termasuk empat yang unik, lebih besar dari kehidupan dan
Wanita Indonesia yang berusia 40-an. Dari induk ibu yang pelindung kepada wanita yang
suka berjudi, perjumpaan saya dengan mereka membuat saya menyedari bahawa anda dapat memperoleh pengalaman yang sama sekali baru dengan berjumpa dengan orang yang membawa anda ke luar zon selesa anda.

Oleh itu, saya meneruskan dan berkongsi pengalaman ini dengan Gina, dan kami bersetuju bahawa akan menarik untuk dibuat kisah tentang wanita-wanita ini, tetapi melalui mata seorang budak lelaki yang berangkat ke New York untuk mencari atau mengejar sesuatu. Empat tahun kemudian, saya dan Gina bertemu dengan Lucky Kuswandi, dan kami bertiga akhirnya muncul dengan idea untuk bercerita mengenai seorang budak lelaki yang datang ke New York untuk mencari ibunya, tetapi akhirnya bertemu dengan empat wanita yang unik dan baik hati yang bersedia menerimanya dan membantunya
cari ibunya. Mereka kemudian menjadi semacam mentor baginya dalam mengejar cinta dan impiannya.

Penulis Ginatri S. Noer: Untuk mengetahui lebih mendalam watak-watak dan mengembangkan cerita mengenai apa yang mereka perolehi untuk dan impian mereka, saya bercakap dengan beberapa orang yang pernah tinggal di New York dan dapatkan orang muda untuk mengetahui kebimbangan remaja sekarang. Ketika Lucky datang pada awal 2019, kami pergi ke New York untuk memberikan sentuhan akhir kepada kisah ini. Potongan-potongan ini akhirnya disatukan dalam filem, dan New York dan sekitarnya membantu saya menghidupkan watak.

Pengarah Lucky Kuswandi: New York juga sangat spesifik, dengan cara yang menggambarkan daerah tertentu identiti orang yang tinggal di sana. Kami gembira melihat bagaimana orang menjadikan tempat sebagai lanjutan diri mereka dan membentuk ikatan antara satu sama lain atas rasa kekitaan mereka.


Filem ini membincangkan makna keluarga, mengapa mesej ini penting untuk diberitahu?

Lucky: Kami mahu filem ini mentakrifkan semula sama ada keluarga adalah sesuatu yang tidak stabil atau dinamik. Orang asing yang memasuki hidup kita boleh menjadi keluarga, asalkan mereka menerima kita tanpa syarat dan menjadi satu sama lain Sistem sokongan.

Q&A BERSAMA PARA PELAKON

Sumber dari Netflix

Rekomen Filem : Menurut Iqbal , apa membezakan filem  ini dengan filem filem Indonesia lainnya?


Sumber dari Netflix

Iqbaal : Yang aku akan beritahu ini adalah dari kenapa aku masuk ke projek ini dari 2,3 tahun yang lalu.Selain dekatnya karakter Ali dengan aku secara peribadi.Aku juga gembira cara Gina dari perubahan draf skrip 1,2,3 sehingga akhirnya jadi gambaran perempuannya di filem ini.Bagaimana ratu ratu ini digambarkan sebagai mak mak Indonesia yang seperti mudah sahaja jadi wanita Indonesia dimana sahaja,tapi disebalik itu ada layer layer yang mereka mereka ini berjaya lakonkan dan tunjukkan Jadi itu jadi satu karakter kompleks, tidak cuma karakter itu sahaja dan karakter yang tidak terhenti hanya disitu.Oh Asri Welas lucu lucu saja.TIDAK.Maksudnya,tidak cuma disitu sahaja.Bahawa penggambaran wanita wanita ini kuat, bebas dan garang ,mereka tahu apa yang mereka mahukan dan menurutku itu tidak banyak  penggambaran seperti itu dari rujukan filem Indonesia yang aku tonton,itu menurutku yang pertama.Yang kedua filem ini menggambarkan New York nya bukan "blink blink" ( kemewahan kota,kemeriahan kota)nya.Kalau filem Indonesia itu kalau adakan penggambaran di luar, hey tengok ni  shooting di SPAIN, jadi memang  mendatangkan tempat tempat yang orang Indonesia suka berkhayal lagi lagi untuk orang Indonesia seperti kita.Didalam filem ini tidak melakukan penggambaran di tempat tempat pelancongan.Jadi filem ini hanya menunjukkan sebahagian dari Bandar New York iaitu kota Queens,budaya dan sub budaya.Ketika itu,okay ini yang perlu kita tunjukkan.

Sumber dari Netflix

Sumber dari Netflix


Tika Panggabean : Aku setuju pada Iqbaal bahawa yang ditunjukkan tidak sebagus bagus Amerika,New York apa adanya kita sahaja.Cerita ini kisah 4 wanita yang sudah lama tinggal di New York tapi mereka tidak kehilangan Indonesiannya.Pagi pagi bangun, makan bersama, makan nasi goreng,jadi shooting ini sepertinya hanya di New York,ambiensnya New York tapi sebenarnya nilai Indonesia  tu terasa sangat disini termasuk bahagian kekeluargannya, bagaimana orang contohnya kalau  kita tinggal lama di luar negara terus tiba tiba ada orang Indonesia datang kita tu seperti ada yang boleh ditolong kamu tidak biasa kan disini?Atau kita ke luar negara walaupu hanya bercuti terjumpa orang Indonesia,kenapa kamu sesat?Itu seperti dibantu sangat,hatinya jadi aduh jadi hangat.Seperti inilah ada difilem ini.Ini yang dirasakan melalui penggambaraan tokoh Ali,yang datang dan kemudian di tolong oleh makcik makcik yang sudah puluhan tinggal di New York tapi masih sangat INDONESIA!

Sumber dari Netflix

Nirina Zubir : Ya jadi sangat Indonesia!Disini mungkin saya mewakili bukan sahaja untuk Indonesia,seAsia Tenggara, sebab saya rasa kita semua sama,Malaysia.Kita melayu, dan kita orang Asia memang dididik bahawa keluarga itu nombor 1.Kita menggambarkan semua teman di seluruh Asia Tenggara, jadi semoga kehangatan ini akan sampai di hati penontonnya.

Sumber dari Netflix

Asri Welas : Kenapa harus tonton Ali & Ratu Ratu Queens ini menurut aku,kalau kita tengok di media sosial orang sibuk menukar dirinya menjadi apa, harus berkawan dengan siapa dan harus bagaimana?Disini kami menerima kawan kawan kami seadanya,kita bahagia menjadi diri kita sedanya,Itu mungkin  boleh ditiru yang sebentar nanti akan tonton tidak perlu susah sibuk jadi orang lain.Jadi diri sendiri,bangga jadi sendiri kita boleh bahagia dimana pun .Jadi tak perlu susah mencari kebahagiaan disana disini mudah mudah bila tonton Ali & Ratu Ratu Queens kamu boleh menerima diri sendiri dan bahagia dengan apa yang anda ada.

Sumber dari Netflix

Happy Salma : Tadi kan sudah kawan kawan cakapkan setuju memang begitu dan satu lagi yang paling menarik mungkin,biasanyakan kalau filem keluarga kalau dramanya drama sangat, terus bersedih tapi disini tidak hanya emosi yang tersentak, ada juga hiburan boleh ketawa dan gembira positif, dan soundtrack filemnya bagus bagus.Menunggu itu sahaja jadi tertanya tanya,akan lagu siapa saja akan ada, seingat aku selama proses shooting kami tidak berjauhan dengan muzik yang ada disekitar kami untuk meningkatkan  mood kami,Aku yakin sangat mood itu akan sampai didalam filem ini.Aku juga tunggu.

Sumber dari Netflix

Marissa Anita : Penonton jelas akan merasakan banyak perkara.Banyak perasaan.Ada sedih gembira ,ketawa kekadang  marah dan kecewa.Semuanya!Agak banyak seperti di kehidupan realiti , sebab hidup kita kan banyak seperti ini.Jadi semuanya ini ada dalam Ali & Ratu Ratu Queens,jadi bersiap sedia untuk perasaanya ditarik-tarik.

Tonton trailer penuh ALI & RATU RATU QUEENS disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post