Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement


Setelah beberapa tahun menantikan filem / series berkenaan zombie yang menarik dari Indonesia,akhirnya ada juga.Hitam arahan Sidharta Tata yang baru sahaja ditayangkan di aplikasi platform streaming Klik Film.Series ini mempunyai 4 episode dan dibintangi oleh Sara Fajira dan Donny Damara.Filem arahan Sidharta Tata ini memberikan nuansa horor yang fresh dan sesungguhnya ke dalam setiap episodenya yang tampil menegangkan dan penuh kejutan dan juga tata visual yang memukau itu sedikit sebanyak gambaran setelah selesai menonton kesemua episode sekaligus .


Hitam mengisahkan tentang Dibyo (Donny Damara) sebagai ketua kampung tahu kepanikan warga kampung atas misteri menghilangnya seorang warga kampung boleh membuatnya ditimpa masalah besar. Sementara, penyakit yang dijangkiti anak perempuannya, Tika (Sara Fajira), bukanlah penyakit biasa.

Menerusi series Hitam, sang pengarah tahu benar untuk menggunakan "elemen horror" dengan sebaiknya.Dapat merasakan melalui mood yang disampaikan dan juga para pelakon yang membawa watak dengan jayanya.Isu isu yang disampaikan dalam series ini boleh relate dengan masyarakat di Indonesia mahupun seAsia. Melalui durasi yang berjalan selama 35 minit untuk setiap episode tidak terasa kerana tempo penceritaan bikin pertanyaan yang membuak kepada penonton dan hook penonton untuk menontonnya sehingga selesai.

Hitam menggunakan cara gelap terhadap permainan warna , dan sangat tepat untuk kisahnya yang penuh kegelepan terhadap nafsu serakah manusia kepada dunaiwi, dan kisah keluarga yang penuh gelap ditimpa penyakit aneh yang berakhir dark.Bukan itu sahaja,derita seorang anggota polis perempuan juga mengalami hal yang paling pedih ketika mengetahui ayahnya dibunuh oleh teman rapatnya sendiri.


Walaupun beigtu,setidaknya Hitam memberikan, kepuasan menonton yang maksima.Tidak terpaksakan, ceritanya yang mudah difahami penonton, cuma ada beberapa persoalan yang tidak terjawab dan mungkin akan kembali ke season baharu.Hitam kini boleh ditonton di aplikasi KLIK FILM.

Rating : 8/10

Tonton trailer disini :

Post a Comment

Previous Post Next Post