Sumber : Disney+
Luca adalah raksasa laut yang tinggal di kedalaman laut bersama ibu bapa dan neneknya. Dia selalu bermimpi untuk menjelajah dunia di atas permukaan, terpesona dengan kapal motor yang meluncur di atas air. Ibunya sentiasa memberi amaran Luca tidak boleh naik ke atas permukaan kerana takut dunia manusia lebih kejam seperti yang ibunnya sangkakan.Luca enggan mendengar cakap ibunya dan terus membawa diri ke kawasan lepak kawannya yang juga makhluk laut iaitu Alberto.Alberto adalah seorang pemberani dan tidak takut , lain dengan Luca yang sering goyah dan ragu ragu.Luca dan Alberto ketika tidak bersentuhan dengan air, dapat menyamar sebagai manusia, tetapi apabila terkena sedikit percikan air sudah cukup untuk mengubah mereaka menjadi makhluk sekelip mata.Di darat Alberto banyak mengajar Luca asas-asas kehidupan manusia, seperti berjalan, graviti dan Vespa yang maha kuasa, yang menurutnya dapat membawa seseorang ke mana sahaja mereka mahu pergi.
LUCA tentunya tidak menerokai sebahagian emosi besar dan eksistensial seperti filem Pixar yang lain cukuplah LUCA mempunyai sifat yang halus dengan cara yang manis dan sederhana. Walapun kisah berskala kecil tapi pengarahnya yang juga dikenali sebagai pelukis papan cerita, Enrico Casarosa mampu menyudahkanya dengan baik dan terlihat sangat genius menggunakan formularnya sendiri untuk menambahkan emosi yang menangkap kedalam kisah LUCA ini,berbeza dengan konsep dan formular yang pernah digunakan oleh Pixar sebelum ini tapi masih meletakkan scene yang mengundang "emosi" dengan tepat.
Plot penceritaan Luca bergerak dengan cukup mudah, ketiga-tiga sahabat ini bersetuju untuk menyertai pertandingan untuk capai impian mereka, walaupun Luca dan Alberto menyembunyikan identiti mereka.Jadi dengan ini membolehkan hubungan antara watak menjadi pentas utama.Bermulanya persahabatan sederhana antara Luca dan Alberto menjadi sesuatu yang lebih rumit ketika Giulia memasuki kumpulan ini.Tidak ada babak romantis ,Luca lebih cerdik untuk menggunakan hubungan setiakawan mereka bertiga yang diuji oleh sifat masing masing.
"Ada orang fikir saya gila tinggal di laut dalam.Merekalah yang gila bukan saya.Hidup saya mudah dan seronok.Jauh dari kesibukkan dunia dan perkara yang kita tidak suka"
Rating : 8.5/10
Post a Comment