Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

Demi Sam, Deena berusaha mencari jalan keluar
dari ancaman ahli sihir Sarah Fier

Sumber dari Netflix Malaysia

Setelah mengharungi pelbagai kisah rantaian ancaman sumpahan ahli sihir Sarah Fier dari tahun 1994 dan 1978 akhirnya kita dibawa kembali ke masa lalu Sarah Fier iaitu pada 300 tahun kebelakang tahun 1666 dimana bermulanya pertelingkahan dahsyat di era klasik kehidupan Sarah Fier.Tanpa melengahkan waktu anda ayuh kita mula bercerita.

Fear Street Part 3: 1666 adalah filem ketiga yang menyimpulkan trilogi Fear Street arahan Leigh Janiak. Pada penghujung Fear Street Bahagian 2: 1978, Deena (Kiana Madeira) dan Josh (Benjamin Flores Jr.) mengetahui bahawa nama sebenarnya C. Berman (Gillian Jacobs) adalah Christine "Ziggy" Berman (Sadie Sink). Dia adalah satu-satunya manusia yang terselamat dari pembunuhan beramai-ramai di Camp Nightwing 1978. Bukan sahaja dia bertahan, dia juga tahu di mana terletaknya sebahagian lagi tangan Sarah Fier yang terputus,melalui tangan tersebut dapat menghentikan sumpahan penyihir itu.  Mereka bertiga bersama-sama berjaya menjumpai potongan tulang tangan dan menyatukannya dengan bahagian badan lain yang terletak di sebuah kubur.Sayangnya, harapan mereka untuk mengakhiri sumpahan itu tidak berakhir dengan mudah. Setelah mengembalikan tangan Sarah Fier, Deena kembali ke tahun 1666. Buat pertama kalinya, Deena secara langsung menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku pada Sarah Fier sehingga dia mengambil keputusan untuk menyumpah orang disekelilingnya.

Sumber dari Netflix Malaysia

MOOD SERAM DITAMPILKAN DENGAN CARA BERBEZA

Fear Street Bahagian 3 1666 tampil dengan cara seram yang berbeza,kita dapat lihat dimana Deena akan meraga sukma(roh terpisah dari jasad)pergi ke tahun 1666 untuk melihat kejadian tragis yang menimpa Sarah Fier.Disini penonton akan melihat Deena seakan akan menjadi Sarah Fier untuk adegan imbas kembali.Di sebuah desa penjajah terpencil telah berlakunya kejadian misteri dimana penduduk kampung seolah-olah disihir oleh sesuatu jika mereka berbuat dosa.Untuk menyucikan desa itu dari kotornya dosa,mereka harus memburu penyihir dan membunuhnya.Disini kita akan dapat merasakan satu atmosphere yang menyeramkan dimana banyak penduduk dibunuh dengan kejam, biji matanya dicungkil keluar.Kita akan dapat merasakan satu vibes yang sama dengan The Witch di era klasik yang penuh dengan ceritera rakyat tentang iblis.

FOKUS PADA ERA 1666

Disini pada 1 jam pertama kisahnya hanya akan berjalan di era 1666 di desa Sarah Fier kerana disini kita akan dipertontonkan bagaimana terjadinya sumpahan,dan apa yang sebenarnya terjadi kepada Sarah Fier.Konflik yang semakin tegang disini,berlakunya kesalahfahaman penduduk dengan Sarah Fier menyebabkan asbab besar dirinya berada dalam bahaya.Penonton akan meneliti kisah Sarah Fier yang disumbat padat supaya tidak terlalu membosankan, jadinya setelah penonton sudah memahami kisah Sarah Fier penonton akan dibawa semula ke tahun sekarang 1994 dimana Deena dan adiknya Josh berusaha untuk mengakhiri sumpahan dan berdepan dengan dalang disebalik sumpahan tragis ini.

Sumber dari Netflix Malaysia

AMARAN JIKA BELUM MENONTON SILA BERHENTI DISINIKANDUNGAN INI TERDAPAT SPOILER PENUH

PLOT TWIST YANG DAH DIDUGA (SPOILER)

Setelah kita dapat mengetahui kisah Sarah Fier yang difitnah kerana melakukan perbuatan terkotor didesa,kita diperkenalkan dengan dalang disebalik kejadian ini.Sherif Goode/Nick Goode dalang disebalik kejadian ini oleh kerana datuknya pernah membuat perjanjian dengan syaitan untuk menguasai bandar Sunnyvale dan jadikan ianya termakmur berbanding Shadyside hanya terlihat terperuk dan tiada kemajuan, lalu menfitnah Sarah Fier oleh kerana dia melihat Sarah menjalinkan hubungan sama jenis dengan kawannya.Jadi alasan ini digunakan oleh datuknya untuk mengambil kepercayaan penduduk dan Sarah Fier dihukum gantung di sebuah pokok  atas desakan penduduk desa.Sherif Goode/Nick Goode(1978) adalah generasi terpilih untuk meneruskan legasi datuknya.Twist ini agak terduga kerana di bahagian 2 1978 Nick Goode sahaja yang terselamat dari pembunuhan beramai sedangkan kita sudah melihat ada satu adegan Nick seolah olah dibunuh oleh pembunuh berkapak, tetapi diklimaks filem bahagian dua Nick muncul menyelamatkan Ziggy dipadang berdekatan pohon tersebut.

Sumber dari Netflix Malaysia


SUMPAHAN SARAH FIER BERAKHIR

Disini adalah dimana adegan kemuncak yang menarik dan memacu adrenaline.Deena,Josh dan Cindy/Ziggy Berman akhirnya mengatur rancangan untuk menewaskan roh jahat yang berkeliaran,dengan bantuan Martin mereka bersama pergi kesebuah pusat membeli belah yang dahulunya pohon dimana lokasi Sarah Fier digantung untuk menyelesaikan kesemuanya disitu.Disini bermulalah ,pertarungan Sherif Goode bersama Deena, Josh,Ziggy dan Martin menghalang roh jahat lain yang cuba mengagalkan rancangan mereka.Akhirnya ,Deena dapat menyelesaikan dan mematikan sumpahan tersebut.Disini ada beberapa babak yang kurang digemari dimana Sam tersedar oleh kerana sayangnya kepada Deena , agak kurang memuaskan alasannya, sumpahan yang dimatikan oleh Deena agak senang sebenarnya dan seperti terlalu cepat.


SUMPAHAN MASIH BELUM BERAKHIR?

Di penghujung adegan bahagian tiga 1666 kita akan melihat satu shot dimana shot itu fokus kepada buku jampi yang berada dibawah tanah, dan ada tangan yang mengambil buku tersebut.Adakah sumpahan itu benar benar berakhir atau sebaliknya?Berkemungkinankah akan ada sambungan untuk Trilogi Fear Street yang mendatang?

RATING : 7.5/10

TONTON TRILOGI FEAR STREET KESEMUANYA DI NETFLIX HARI INI 

KLIK SINI UNTUK MEMBACA REVIEW FEAR STREET PART 2 : 1978


Post a Comment

Previous Post Next Post