Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

KETIKA ANCAMAN SIHIR "SHADYSIDE" 

BERLELUASA 

Filem ini membuka Trilogi Fear Street, yang diilhamkan oleh siri buku legenda dengan nama yang sama oleh R. L. Stine. Walaupun dibahagian pertama ini ditampilkan dengan cukup sadis, saya sendiri tidak sabar untuk melihat kesinambungan  Fear Street Part 2: 1978 oleh kerana banyak pertanyaan tidak jawab/kurang diperjelaskan didalam filem pertama.Kerana hal itu filem pertama ini terlihat sangat sederhana dan kurang memuaskan penonton walaupun tahap kngerian dan ketakutan itu timbul.Oleh kerana ianya trilogi sudah pastinya kita perlu menonton kesemua bahagian untuk mendapatkan kesempurnaan triloginya.

Filem  ini menampilkan homage kepada filem filem seram klasik terdahulu antaranya Scream (1994)  Friday The 13th sebagainya (kepada filem serial killer) dan juga ada vibes yang digabungkan dengan siri Stranger Thing (2016). Kepada anda yang menggemari kisah seram, fiksyen, dan kisah thriller, filem ini, yang penuh dengan kehidupan remaja pada tahun 90-an, serta ganas dan juga berdarah-darah anda direkomenkan untuk menonton filem ini .

MISTERI SIHIR KUNO YANG MENJADI ANCAMAN

Filem Fear Street Part 1: 1994 mengisahkan tentang sebuah bandar bernama Shadyside yang nampaknya berada di bawah sumpahan. Dalam jangka masa tertentu, selalu ada kes pembunuhan kejam yang berlaku. Sering kali, bandar ini sering digelar "Ibu kota pembunuh" oleh orang ramai.

Stigma semakin kuat kerana bandar Shadyside diduduki oleh golongan kasta rendah. Jauh berbeza dengan bandar Sunnyside yang berjarak setengah jam dari Shadyside. Sunnyside adalah bandar yang makmur, masyarakatnya berpendidikan dan kaya. Hampir tidak ada jenayah yang berlaku di sana. Jadinya konflik ditimbulkan dalam filem ini melalui stigma sebegini,

Deena, seorang pelajar sekolah menengah yang baru saja berpisah dengan teman lelakinya bernama Sam, memilih untuk berpindah dari Shadyside ke Sunnyside. Di bandar baru, Sam sebenarnya mempunyai teman wanita baru. Suatu hari, secara tidak sengaja, Deena mencederakan Sam dan teman lelakinya ke dalam hutan. Sejak itu, perkara-perkara pelik berlaku.

Ternyata, Sam secara tidak sengaja menyentuh rantai di mana pernah seorang ahli sihir dari bandar Shadyside dibunuh dan mati. Sentuhan itu menjadikan Sam menjadi sasaran dan hendak dibunuh oleh pembunuh dari masa lalu yang hidup kembali. Adakah Sam akan bertahan? Tonton kisah penuh di Netflix.

PENUH ADEGAN DARAH ,GANAS DAN UNSUR LGBTQ

Filem yang diarahkan oleh Leigh Janiak ini mungkin bagi sesetengah orang trauma kerana ia menunjukkan pembunuhan sadis berdarah yang cukup jelas dipratontonkan. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui terlebih dahulu filem ini adalah khas untuk tontonan 18 tahun keatas sebelum itu mungkin juga anda sebagai penonton boleh mencari serba sedikit info mengenai filem ini sebelum menontonnya.

Walaupun mempunyai nuansa gelap, filem ini juga mempunyai sisi yang agak menyeronokkan kerana ada sebahagian besar watak yang dilakonkan oleh remaja pada tahun 90-an. Beberapa watak, seperti Deena (Kiana Madeira) memainkan watak utama dalam filem seram klasik yang naif kerana tidak mempercayai perkara-perkara yang berkaitan rohani. Terutama ketika dia bersama bekas kekasihnya, Sam (Olivia Scott).Sam dan Deena adalah pasangan lesbian didala filem ini.

Sejak lima minit pertama, anda akan dipertontonkan dengan adegan kejar mengejar seorang wanita dengan lelaki bertopeng tengkorak membawa pisau. Adegan ini sangat intense dan memikat penonton untuk terus menonton perjalanan remaja yang membawa ancaman ini sehingga kepenamat.Bukan itu sahaja, pembunuh ini juga membunuh dengan cara yang lebih menggerunkan.

PLOT CERITA MULA MENDATAR

Oleh kerana filem ini berkesinambungan/berantalogi jadi kesemua persoalan akan dijawab bahagian akhir filem ini .Untuk anda menemukan jawapan dan penjelasan di filem pertama dan kedua anda tidak akan dapat menemuinya.Oleh itu, plot cerita mula mendatar, dan kita akan mula berseronok dengan keganasan pembunuh sumpahan kuno yang disajikan dengan remaja yang ingin menyelamatkan nyawa mereka.

KLIK SINI UNTUK MEMBACA REVIEW FEAR STREET PART 2 : 1978

RATING : 7/10


Post a Comment

Previous Post Next Post