Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

Filem Fear Street Part 2: 1978 sekali lagi membawa penonton ke penceritaan sumpahan Sarah Frier yang diperkenalkan dalam bahagian pertama. Masih dalam gaya seram slasher klasik, filem yang  berdasarkan trilogi novel R.L. Stine ini perlahan-lahan membongkar rahsia sumpahan berusia bertahun tahun lalu yang menimpa Shadyside.

Meneruskan kisah filem pertama yang ditetapkan pada tahun 1994, Deena (Kiana Madeira) dan Josh (Benjamin Flores Jr.) bertemu dengan C. Berman (Gillian Jacobs), satu-satunya yang terselamat dari pembunuhan beramai-ramai di kem Nightwing pada tahun 1978 kerana ianya berkaitan dengan sumpahan dari Sarah Fier yang mengawal Sam (Olivia Scott Welsh).

MENGGUNAKAN SATU LOKASI

Dalam filem bahagia kedua ini lokasi penggembaraan hanya disekitar hutan , atau base camp Nightwing.Hanya di babak permulaan sahaja yang mengambil latar tempat dirumah ianya juga kesinambungan dari bahagian pertama .Di filem bahagian kedua ini kisah diceritakan semula oleh Cindy Berman dewasa bagaimana bermulanya kisah pembunuhan beramai ramai yang berlaku di Camp Nightwing pada malam tersebut.Disini kita dapat lihat adegan disini sangat panjang dan berakhir juga di camp hutan ini yang akan bersambung di bahagian ketiga iaitu Fear Street Part : 1666 .

PLOT TAMPIL SEDERHANA 

Fear Street Part Two: 1978 nampak lebih tenang dalam mengungkapkan sesuatu: tidak terlalu bergantung pada lagu-lagu popular di setiap adegan cerita, tidak banyak watak yang menuntut perhatian atau perkembangan cerita, dan tidak banyak usaha untuk membawa banyak kejutan seram kepada penonton. Lebih tenang, dan lebih rapi. Nasib baik, Fear Street Part Two: 1978 tidak berniat untuk mengurangkan intensiti kengerian atau adegan darah yang basah dalam persembahannya. Seperti pendahulunya, Fear Street Part Two: 1978 juga menggunakan inspirasi dari filem seram dengan tema pembunuhan di kem musim panas dengan berhati-hati. Setiap adegan pembunuhan dirancang dengan baik - walaupun tidak ada yang ikonik seperti babak dalam Fear Street Part One: 1994. Dinamik watak dan hubungan antara mereka juga berkembang dengan baik, mulai dari kisah persahabatan, percintaan, hingga unsur cerita mengenai buli.


NUANSA SERAM YANG BERBEZA

"Bagi peminat kengerian dan slasher, terdapat lebih banyak mangsa pembunuhan ganas di bahagian ini . Sekiranya kesan gore hanya dilihat menjelang akhir Fear Street: 1994, kali ini scene intensenya telah dimulakan dua dari tiga naratif, di mana sebahagian besar watak-watak mengetahui bahaya yang berlaku. Menjadikan rasa seram lebih ketara. "Setiap karakter yang dibunuh diberi peluang untuk menimbulkan adegan emosi seketika sebelum karakternya dimatikan dengan kejam.Disisi bahagian kedua ini terlihat suasananya yang lebih kelam, kekalutan dan ketakutan yang dialami mereka lebih dahsyat dan warna biru dan merah menjadi satu pengukur untuk membezakan kedua daerah yang saling bertelingkah demi kefanaan bandar mereka.Disini bermulanya perang ekstremis antara kedua puak.

PARA PELAKON TAMPIL CERDAS

Boleh dikatakan para pelakon filem ini sangat baik dari bahagian pertama , watak watak mereka bersesuaian dan tidak berlebihan.Semuanya memberikan satu suasana positif kepada  karakter yang dilakonkan oleh setiap dari mereka.Kita dapat lihat penulis membangunkan karakter karater ini dengan kuat dan mempunyai latar belakang karakter dengan padat dan tepat.Bagusnya tidak hanya kerana untuk menyiapkan tetapi untuk memberi rasa perhubungan antara karakter itu kepada penonton .

MASIH ADA KEKOSONGAN PLOT

Oleh kerana masih ada satu filem lagi, filem ini sudah tentunya belum berakhir. Barang kemungkinan sudah pasti penonton akan diajak kembali ke 312 tahun ke belakang untuk melihat siapa sebenarnya  Sarah Fier dan apa sebenarnya membuat sumpahan itu terjadi di Shadyside, serta bagaimana cara untuk mengakhirinya.Disebabkan itu pengakhiran di Fear Street 1978 juga tergantung sehingga mungkin penonton masih tertanya tanya mengenai kisah ini bila akan berakhir. Nantikan kesinambungan bahagian terakhir dalam Fear Street Part 3 : 1666

KLIK SINI UNTUK MEMBACA REVIEW FEAR STREET PART 1 : 1994

RATING : 7/10

Tonton trailer FEAR STREET TRILOGI disini :

Post a Comment

Previous Post Next Post