Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

THE WITCHER MUSIM 2 

TAYANG  17 DISEMBER 2021

Semasa WitcherCon, poster The Witcher musim 2, tarikh tayangan, tajuk episod serta gambar baru Ciri (Freya Allen), Lambert (Paul Bullion) dan Jaskier (Joey Batey) dibongkarkan. The Witcher musim 1 dikeluarkan di Netflix pada bulan Disember 2019 dan dengan cepat menjadi salah satu siri asal perkhidmatan streaming yang paling popular. Oleh itu, Netflix telah memperbaharui The Witcher untuk musim 2 .Penggembaraan terhenti seketika oleh kerana pandemik dan disambung kembali mengikut protokol akhirnya ianya akan ditayang juga.

Dari segi ceritanya, The Witcher musim 2 akan muncul dengan tiga watak utamanya: Geralt of Rivia (Henry Cavill), Princess Ciri dari Cintra dan ahli sihir Yennefer dari Vengerberg (Anya Chalotra). Pada akhir musim The Witcher 1, Geralt akhirnya bertemu dengan Ciri, menemukan gadis itu di hutan.Namun, nasib Yennefer tidak diketahui setelah dia menghilang semasa pertempuran dengan Kerajaan Nilfgaardian, dan keberadaannya yang akan memasuki musim 2 tidak diketahui. Kini, semasa acara maya WitcherCon pertama kali, banyak maklumat mengenai The Witcher musim 2 terungkap!


Tonton teaser trailer disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post