ZOMBITOPIA KINI DITAYANGKAN
DI DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA!
Filem ini bermula dengan adegan pembukaan yang melazatkan dimana , helikopter yang membawa pulang wira negara kononnya dijangkiti virus zombi dan menyerang semua orang yang berada dilapangan yang menyambut kepulangannya.Difahamkan virus ini dari negara lain, tapi tidak tahu pucuk pangkalnya bagaimana terjadinya virus tersebut.Macam boleh terjadinya virus dan menjangkiti mereka di dalam helikopter juga tidak diterangkan dengan jelas.Setelah itu kita kembali ke masa silam Zidik semasa remaja, kita diperlihatkan adegan Zidik diterkam oleh zombi yang tiba tiba sahaja melulu kearahnya dan menyebabkan keluarganya dijangkiti wabak itu.Seterusnya diperkenalkan dengan karakter Dr.Rahman lakonan Bront Palarae yang kononnya berjaya mencipta vaksin (SARS) gabungan obor obor dan menjadikan anaknya sebagai eksperiman vaksin tersebut.
15 tahun kemudian sekali lagi virus itu tiba tiba merebak di sebuah muzium , seperti tiada apa apa yang berubah.Zidik berdepan dengan sesuatu yang kurang sama dengan kejadian beberapa tahun yang lalu, adakah dia tidak mempunyai apa apa perasaan?Karakter Zidik dewasa lakonan Shaheizy Sam ini seolah olah baru berdepan dengan makhluk tersebut dan reaksinya terhadap zombi itu seolah olah baru sahaja berlaku walhal sudah 15 tahun berlalu dari kejadian yang sama.Warga yang berada di zoo juga seolah olah itu lah kali pertama kali mereka melihat kejadian seperti ini. Kenapa?Terlalu banyak persoalan yang tidak dijelaskan dengan terperinci dengan karakter Hassan lakonan Azman Hassan yang terasa sangat aneh dan tidak tahu motif untuk karakternya.Belum lagi penjelasan perbezaan zombi zombi dalam filem ini.Filem ini juga bergerak secara perlahan dan agak membosankan,setelah masuk ke babak pertengahan mula rasa pelik sehingga penghujung filemnya yang tiba tiba muncul dinasour yang tiada motifnya.Dari sudut teknikal Zombitopia agak cantik,akan tetapi penulisan dan pengarahannya sangat teruk. Para pelakon Bront Palarae, Shaheizy Sam & Sharifah Amani memberikan lakonan yang baik dan juga Elvina Mohammad bersahaja tetapi tidak dapat selamatkan cerita ini dari kegagalannya .
Rating : 5/10
Tonton trailer Zombitopia disini :
Post a Comment