Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

Amry & Nabila Yang Wujud Di Dunia Nyata

Sering Bertemu Di Alam Mimpi Tapi Pertemuan

Di Dunia Nyata Sering Kali Tidak Terjadi.


Siri Original terbaru VIU,Ganjil arahan Yusry Abdul Halim lakonan Fattah Amin,Diana Danielle,Izzue Islam & Fatin Afeefa hadir harini di platfrom VIU dengan 2 episode terawal.Tetapi 2 episode terawal ini dapat disaksikan sekiranya anda melanggan VIU melalui perkhidmatan Maxis TV.Tarikh rasmi untuk tayangan siri original Ganjil ini secara terbuka di platform streaming aplikasi VIU pada 30 September 2021.


Pembukaan Episode 1 siri Ganjil penonton akan diperkenalkan dengan karakter Nabila (Diana Danielle) yang tersedar dari atas katilnya ,suasana bertukar suram di kawasan bangunan kosong iaitu mimpinya sendiri.Tiba-tiba lantainya merekah dan berlubang,Nabila cuba menjerit meminta pertolongan.Dalam pada masa yang sama Amry(Fattah Amin) berada dalam mimpi yang sama mencari suara yang cuba minta pertolongan tersebut.



Ketika Nabila cuba meminta pertolongan rantai loket miliknya terpisah dari tubuhnya.Dia dapatkan rantai tersebut malangnya dianya hampir jatuh ke dalam gaung,Amry berlari untuk menyelamatkannya malah tidak sempat dan Nabila terjatuh dan berakhirlah mimpi Ganjil ini, dan mereka berdua tersedar dari mimpi.Diteruskan lagi dengan scene selepas opening dimana Amry dan Nabila berada di satu lorong yang sama didunia nyata tapi tidak kenal sesama sendiri.Di lorong itu mereka melalui peristiwa yang sama.Disini kita dapat lihat dua karakter penting yang sudah semestinya akan menjadi watak utama dalam siri ini, Amry & Nabila berkongsi mimpi yang saling berkait walhal mereka tidak pernah kenal di dunia nyata.Nabila adalah seorang wanita yang sering memikirakan tentang mimpinya, dan menceritakannya kepada sahabatnya Ihsan(Izzue Islam).Ihsan adalah kawan baik kepada Nabila tetapi dalam pada masa yang sama menaruh perasaan cinta kepada Nabila tapi tidak dinyatakan dengan serius melainkan menggunakan jenaka yang menuju kearah itu dan dia juga dikenali sebagai playboy.


Nabila adalah seorang gadis yang berkerja di sebuah kafe dan melakukan video review mengenai makanan bersama Ihsan dalam masa yang sama Nabila sering mengeluh kerana ayahnya sering keluar untuk mengikuti kursus menyebabkan dia terasa ada sesuatu, dan dalam masa yang sama dia perlu menjaga hati seorang ibu.Amry seorang pekerja IT disebuah syarikat sedang mengalami masalah kewangan disebabkan hutang (berkemungkinan dari ahli keluarganya)jadi dia terlihat sangat bersusah payah berusaha untuk dapatkan posisi terbaik di syarikatnya dengan hadirnya saingan rakan kerja Zain.Disinilah Amry berkenalan dengan seorang wanita yang bernama Sally (Fatin Afeefa) yang menyimpan perasaan terhadap Amry tetapi Amry tidak mengendahkannya kerana sering berfikir perempuan seperti mempunyai kelas tersendiri.



Ketika rancangan hari jadi Amry di pejabatnya , bossnya meminta dia menyiapkan proposal untuk dihantar secepat mungkin menyebakan Amry tidak hadir di parti ulang tahunnya yang dirancang oleh Sally.Tiga kali peluang kemaafan Amry diberikan oleh Sally untuk menebus kesalahannya.Ketika menyiapkan proposal tersebut dia dan Nabila kembali mendapat mimpi yang sama serentak ketika tidur.Di mimpi ini Amry cuba menyelamatkan Nabila dalam mimpinya untuk kesekian kalinya  dan Amry meninggalkan Nabila melalui sebuah pintu refleksi masa lalu seseorang.Nabila dibawa ke kampung halaman Amry dan melihat keluarga Amry ibu dan abangnya ketika kecil.Satu lukisan yang sama dilukis Amry ada padanya ,disini dia bertemu sekali dengan Amry dan mereka berkenalan antara satu sama lain dan merancang untuk bertemu didunia nyata setelah mengetahui mereka berdua berada di lokasi yang sama semasa didunia nyata.Amry meninggalkan nota khas berisi alamat untuk bertemu kepada Nabila sekali lagi mimpi berakhir dan mereka bangun dari tidur.Disini kita akan ditunjukkan gambaran dimana karakter Amry dan Nabila telah memasuki fasa gabungan mimpi dan realiti , nota yang dikoyakkan bertanda alamat oleh Amry tertinggal bekas koyaknya di bukunya,manakala di katil Nabila ada helaian kertas yang tertulis alamat tempat untuk bertemu Amry.Ketika mereka ingin bertemu dilokasi yang sama dinyatakan dalam kertas itu didunia nyata, mereka tidak dipertemukan padahal Amry & Nabila memang berada dilokasi yang sama ,waktu yang sama.Ini meninggalka keganjilan kepada mereka kerana tidak dipertemukan di dunia nyata.Disini penonton akan ditinggalkan cliffhanger KEBABIAN APA YANG BERLAKU NI?Dua dua hidup kat dunia nyata dah pergi lokasi yang sama waktu yang sama tapi kenapa tak jumpa?oh FUCK!


Episode 2 dimulakan dengan mimpi Amry & Nabila di tengah taman yang kedua duanya sering melalui jalan itu disini Nabila dipertemukan dengan sebuah lokasi yang menarik dan cantik ,terletak bsebuah kafe Perancis disitu.Digambaran mimpi ini Nabila diperlihatkan ayahnya sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah restoran.




Disini lah bermulanya lebih banyak waktu mereka dialam mimpi yang sedang mengeksplorasi refleksi mimpi dan mengetahui beberapa perkara yang perlu mereka jadikan contoh yang berguna dalam hidup mereka di dunia nyata dan melihat sisi Amry & Nabila yang agak kurang memikirankan terhadap hal-hal yang berlaku disekeliling mereka.Di episode 2 ini lah Amry betul betul menjelajah alam mimpi bersama Nabila kerana rasa selesa denganya.Disini juga Amry melihat bertapa ikhlasnya Sally untuk berkawan dan mengadakan hubungan dengannya.Disni mereka belajar sesuautu yang bermakna untuk menghargai insan yang ada didepan mata,bukannya yang tidak wujud/tidak nyata seperti alam mimpi Amry & Nabila.


Bermula dari situlah Amry cuba untuk memperbaiki dan menebus kesalahannya melalui peluang ketiga yang diberikan oleh Sally.Kadangkala kita perlu memberi peluang untuk orang lain untuk membuktikan yang mereka bua tlebih baik.Inilah prinsip yang dipegang oleh karakter Sally yang cuba untuk mengenali Amry dengan lebih dalam.Disini Amry membawa Sally untuk mengenali sisi hidupnya yang sangat mencintai lukisan dan artistik,mengajar segala bentuk perfahaman Amry terhadap lukisan membuatkan sedikit sebanyak Sally rasa dihargai dan sedikit sebanyak beruntung dapat mengenali Amry .Amry juga ingin membuat Sally selesa dengan dirinya.



Disini Nabila dan Amry terlihat sangat serasi ,dimana mereka berusaha untuk mencari jawapan yang Ganjil berlaku dalam diri mereka.Nabila dipersembahkan dengan art Minta maaf dari sahabatnya Ihsan.Walaupun banyak perkara yang membuatkan Nabila merasa kurang senang dengan Ihsan,Amry memberi sedikit pejelasan dimana Ihsan melakukan pelbagai perkara untuk Nabila kerana cinta dan kasih sayang.Nabila kali ini cuba belajar dan mendalami betul erti -erti kata yang diluahkan oleh Amry terhadap pandanganya kepada situasi Nabila dan Ihsan.Nabila cuba untuk menyayangi Ihsan ketika dia melihat sesuatu gambaran yang berlaku di alam mimpi ini.Di mimpi ini Amry & Nabila mengunjungi sebuah kafe yang dipanggil Angeline's Bistro sebuah restoran mewah yang kononnya milik Nabila sendiri dialam mimpi.



Ketika di dunia nyata ketika ingin perbaiki hubungan dan menghargai Ihsan ,Ihsan ingin membawanya bertemu nenek dan ibunya disebuah tempat istimewa untuk menyambut ulang tahun.Dia terkejut kerana restoran yang dibawa oleh Ihsan adalah restoran yang sama dalam mimpinya,Angeline's Bistro dimana itulah restoran yang ada dalam mimpinya ketika dia bersama Amry.Disini juga lah dia melihat byangan Ihsan menyambut hari jadi menjadi kenyataan di dunia nyata.


Nabila merasa terkejut bahawa restoran mewah dimimpinya itu menjadi kenyataan di dunia nyata.Penutup siri episode 2 diakhiri dengan watak Nabila yang melontarkan dialognya WHAT THE FUCK??!!Sekaligus membuat penulis yang menonton mengikut menyebut WHAT THE FUCK IS THIS?!!!

Menonton Ganjil Episode 1-2 menyeronokkan walaupun masih ada terasa compang camping pada penceritaanya,karakternya termasuk lakonan Fattah Amin sendiri yang terasa sedikit kaku untuk membawa watak Amry sekurang-kurangnya ianya memberi satu sinematik baru kepada aku, untuk menonton siri lokal  yang agak GAH pada visual dan konsepnya,designnya,setupnya.Ini bukan lah perkara ala kadar dilakukan oleh team VIU .Nampak juga Yusry Abdul Halim cuma mengekalkan momentum dan memberi kejutan terus menerus kepada penonton untuk mencari apa makna mimpi Ganjil yang dialami oleh karakter-karakter ini.Bagi aku ini satu usaha keras yang baik dari pihak VIU untuk mengeluarkan series - series yang baik seperti ini . AKU SUKA!

Rating Episode 1& 2 : 8/10 



















Post a Comment

Previous Post Next Post