Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

  ANGKARA TEN RINGS BINASA KELUARGA


Sebelumnya ribuan  terima kasih diucapkan kepada pihak Disney Studio Malaysia kerana telah menjemput Rekomen Filem untuk hadir ke tayangan media pada harini untuk menyaksikan filem Shang Chi & The Legends of The Ten Rings.


Disebabkan Covid -19 berterusan dan PKP dijalankan di Malaysia,itu menjadi salah satu alasan kenapa pawagam ditutup.Tetapi berita gembira hadir setelah pengumuman pawagam boleh dibuka dibuat.Selama penutupan pawagam menyebabkan banyak filem dan filem superhero Marvel ini ditundakan tayangannya. Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings akan tayang di pawagam Malaysia bermula 30 September 2021 setelah diumumkan oleh pihak pawagam Malaysia malam tadi.Penonton sudah boleh membeli tiket untuk tayangan awal menerusi dalam talian aplikasi/website pawagam.Sebelumnya filem ini sepatutnya ditayangkan 7 Oktober.

Filem Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings, mengisahkan tentang superhero asal Asia,Shaun/Shang-Chi yang mempunyai seni pertahankan diri Kung Fu yang dilatih oleh ayahnya dari kecil,Wenwu/The Mandarin ketua penjahat yang sering bersembunyi di belakang filem Iron Man pertama dan ketiga yang akan tampil dengan kisah The Ten Rings.Ayah Shang-chi, Wenwu, adalah seorang pahlawan lama yang mempunyai gelang keramat yang dipanggil Ten Rings.Gelang itu mampu memberinya kekuatan dan kehidupan yang baik, dan dia selalu menginginkan kekuatan yang lebih hebat melaluinya.

Disebabkan perkara itu membuat dirinya pergi ke kampung lagenda  Ta Lo yang sering kali dikatakkan penuh kuasa dan kekuatan mistik dari alam lain dan dalam masa yang sama dia berjumpa dengan Jiang Li penjaga kampung tersebut dan jatuh cinta sehingga berkahwin dan melahirkan dua orang anak Shangi Chi/Shaun dan Xialing adik perempuannya.Anggota Ten Rings tiba-tiba menyerang Shang-Chi dan berusaha merampas kembali  rantai permata milik arwah ibunya, Li. Shang-Chi akhirnya terpaksa kembali ke kampung asalnya dimana dirinya juga tahu bahawa adiknya juga mendapat ancaman dari orang yang dihantar oleh ayah mereka. Disini mereka serba sedikit dapat mengorek rahsia lampau ayahnya dan berusaha mempertahankan Kampung Ta Lo dari dimusnahkan oleh darah dagingnya sendiri.Kematian ibunya terkait dengan dendam lama  daripada seseorang kepada ayahnya dan disaksikan sendiri oleh Shang Chi pada malam kejadian ketika dia masih budak budak.


Film Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings dipersembahkan dengan begitu menarik dengan citrasa Asia yang terasa cukup kuat didalam adunan ceritanya.Perkara ini ditekankan menerusi pergerakkan perlawanan bela diri mereka menggunakan Tai-Chi/Kung Fu.Filem ini juga menampilkan bahasa Mandarin dalam 50% Bahasa Melayu " Terima Kasih" ungkapan dari satu karakter dilakonkan oleh pelakon Malaysia Ronny Chieng.Lakonan Simu Liu disini nampak menyakinkan sebagai superhero cuma satu hal yang kurang menyenangi diri admin yang serba biasa ini ,karakternya tidak memberi mimik muka yang baik/boleh dikatakan muka yang tiada soul disetiap adegan yang ditampilnya kecuali adegan aksi.Akwafina menjadi karakter yang mencuri perhatian penonton disini oleh kerana komedinya yang cukup menghiburkan dan karakter yang mendorong Shang Chi hingga ke penamat.Walaupun kelihatan CGI nya yang overrated tapi masih mampu memikat penonton dan membawa penonton hanyut kedalam dunia superhero Shang -Chi.Pertempuran di babak akhir ini sangat memberikan impak yang baik kepada penonton dan sekaligus membuatkan filem Shang-Chi tampil sebagai filem superhero Marvel yang mempunyai aksi padat dan kisah keluarga yang tersakiti.Jujur dikatakan pertempuran Shang Chi dan ayahnya The Mandarin disunting dengan kemas dan dilakonkan dengan baik oleh Simu dan Tonny.Cumanya Villain ,The Mandarin lakonan  Tonny erasa sedikit kaku disini untuk membawa watak sebegini.Pada penggunaan muzik agak baik dan dapat merasakan setiap adegan dapat disuaikan dengan baik.Disini juga kita akan ditampilkan beberapa cameo dari filem Iron Man 3. Kita juga akan melihat kelibatan Wong bertempur di gelanggang bersama Abomination.


Filem Shang Chi ini mempunyai dua post credit scene jadi sila tunggu sehingga credit filem selesai dan baru bangun tinggalkan pawagam dengan bahagianya.Filem SHANG CHI ini wajib ditonton dalam pawagam IMAX kerana filem ini dibuat khas dalam IMAX untuk menyaksikan adegan tempur yang lebih terasa dan mengiurkan.

Rating : 8/10

Shang-Chi & The Legends of The Ten Rings tayang di pawagam 30 SEPTEMBER 2021!

Post a Comment

Previous Post Next Post