MUGEN TRAIN ARC &
ENTERTAINMENT DISTRICT ARC
Ramai sedia maklum dengan animasi yang satu ini telah popular dan trending di setiap negara ketika musim pertamanya ditayangkan dan terus menggapai penonton yang banyak ketika filem pertamanya ditayangkan kepada umum.Demon Slayer / Kimtesu No Yaiba akan kembali dengan musim kedua pada 11 Oktober (Ahad) ini.Demon Slayer : Mugen Train adalah filem pertama kesinambungan dari musim pertama yang meraih jutaan penonton di negaranya.Musim pertama dan filem Mugen Train dapat disaksikan di WeTV,Netflix & VIU.Demon Slayer Musim 2 ini akan terbahagi kepada dua bahagian dimana bahagian pertama Mugen Train ARC & bahagia kedua Entertainment District ARC.
MUGEN TRAIN ARC
Musim kedua Demon Slayer Mugen Train ARC akan ditayangkan Ahad ini dengan 7 episode pertama.7 episode pertama ini adalah pecahan dari filem Demon Slayer : Mugen Train yang dijadikan siri, beserta adegan tambahan yang baru dan istimewa di episode 7(Akhir) yang masih berlaku dalam peristiwa Mugen Train.
ENTERTAINMENT DISTRICT ARC
Demon Slayer Musim Kedua (Entertainment District ARC) iaitu peristiwa setelah Mugen Train atau kesinambungan dari pada ceritanya akan ditayangkan bermula 5 Disember 2021 dan berkemungkinan durasi episode perdananya iaitu episode 8 sepanjang 1 jam.
Tonton trailer Demon Slayer Musim 2 disini :
Post a Comment