Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 DENDAM KESUMA AKAN TEMUI PENONTON

PADA 4 NOVEMBER 2021

Semenjak wabak pendemik melanda seluruh dunia, negara kita salah sebuah negara yang terkesan dari pelbagai sektor, tidak terkecuali sektor perfileman. Dendam Kesuma adalah sebuah filem sulung dari RichPlus Media Sdn. Bhd yang mengalami penangguhan penayangan sebanyak 4 kali sepanjang tempoh pendemik ini. Filem ini bergenre suspen thriller kekeluargaan. Filem ini adalah hasil kerjasama dari keluarga Pengarah dan Penerbit filem ini sendiri iaitu Jefri Jefrizal. Jefri Jefrizal sendiri juga tampil didalam filem ini membawa watak sebagai suami dan bapa, manakala anak – anak yang berlakon didalam filem ini juga adalah anak – anak beliau sendiri dan juga isteri beliau. Keputusan beliau untuk mengambil ahli keluarga sendiri bekerjasama dalam filem ini adalah kerana ingin menghidupkan suasana sebenar dan perasaan yang jelas antara watak – watak dalam filem ini. Keadaan ini akan lebih dapat membawa perasaan penonton berteka teki dengan apa yang bakal terjadi pada keluarga ini.

Antara adegan dari Dendam Kesuma

Antara adegan dari Dendam Kesuma

Antara adegan dari Dendam Kesuma

Selain itu juga filem Dendam Kesuma mengetengahkan unsur – unsur keagamaan, memberi pendekatan kepada penonton yang kekuatan kita adalah apabila kita berpegang teguh kepada ajarannya dan meninggalkan laranganNya seperti menyekutukan tuhan (syirik) perkara yang paling dilaknat Allah SWT. Ikatan kekeluargaan yang kukuh juga adalah salah satu kekuatan apabila kita diuji diluar kemampuan kita untuk menghadapinya.Filem ini juga menitik beratkan peradaban Bahasa Melayu dan cara hidup masyarakat Melayu yang sudah jarang kita lihat pada masa kini.

Antara adegan dari Dendam Kesuma

Dendam Kesuma akan menjadi filem tempatan Melayu pertama ke pawagam pada 4 Nov 2021 selepas kerajaan membenarkan pawagam beroperasi semula pada September yang lalu.

Tonton trailer penuh disini : 

Post a Comment

Previous Post Next Post