Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement
Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

Disney+ Hotstar bakal membawakan kandungan APAC serta rangkaian kandungan hiburanyang luas dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic dan Star.

Memperkenalkan lebih dari 20 tajuk kandungan APAC tempatan baru termasuk 18 kandungan Originals, bekerjasama dengan pencipta kandungan yang memenangi anugerah dan baru muncul dari rantau ini!

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

Pada majlis persidangan media dan rakan kerjasama peringkat rantau serta tempatan hari ini, The Walt Disney Company memperkenalkan rangkaian kandungan global, serantau dan bahasa tempatan untuk Disney+ dan Disney+ Hotstar, dan melancarkan lebih dari 20 tajuk kandungan APAC baharu termasuk 18 kandungan Originals.Peminat boleh menantikan pelbagai kisah asli oleh para pencipta kandungan yang terhebat dari rantau ini, selain beraneka kandungan berjenama daripada Disney, Marvel, Star Wars, Pixar,National Geographic dan Star.

Projek APAC yang baharu mengemukakan penerbitan asli oleh pencipta-pencipta kandungan terhebat, darilakonan bintang terkemuka merangkumi drama, komedi, fantasi, cinta, fiksyenilmiah, jenayah, seram, mahupun rancangan aneka ragam, dokumentari dan anime dari pasaran-pasaran seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, China dan Australia. Tajuk-tajuk kandunganAPAC baharu akan tersedia di platform penstriman ini pada tahun depan, namun tertakluk pada ketersediaan tempatan. Projek baharu yang diumumkan hari ini merupakan sebahagian daripada aspirasi Disney untuk menerajui lebih 50 penerbitan kandungan Originals di APAC menjelang 2023.

“Selama beberapa dekad ini, The Walt Disney Company telah menghiburkan pengguna dan menjadi sebati dengan ekosistem kreatif tempatan,” kata Luke Kang, Presiden, The Walt Disney Company Asia Pasifik. “Hari ini, kami membuat satu lagi komitmen dengan menyatukan sumber global syarikat dengan para pencipta kandungan terkemuka dari Asia Pasifik untuk mengembangkan dan menghasilkan kisah-kisah asli di Disney+. Seiring pembudayaan perkhidmatan OTT, kemunculan kandungan bertaraf dunia dari Asia Pasifik, dan peningkatan penghayatan pengguna, kami yakin inilah masa terbaik untuk merancakkan kerjasama kami dengan para pencipta kandungan terkemuka di rantau ini untuk membawakan penceritaan yang tiada bandingan kepada penonton global. ”

Dalam beberapa tahun akan datang, Disney akan melancarkan beraneka kandungan hiburan berjenama premium di platform penstriman tersebut, termasuk kandungan daripada francais jenama globalnya, kandungan hiburan umum daripada jenama Star, serta kandungan asli bahasa tempatan yang dari APAC.Mengulas tentang rangkaian kandungan baharu dari APAC, Jessica Kam-Engle, Ketua Kandungan & Pembangunan APAC Disney, berkata, “Strategi produksi kami menumpukan fokus pada kerjasama dengan pakar penceritaan tempatan yang terunggul di rantau ini, serta memanfaatkan kekuatan, skala dan dedikasi jenama kami dalam mencapai mercu kecemerlangan kreatif. Kami berharap dapat bekerjasama dengan bakat-bakat kreatif yang memenangi anugerah serta yang baru muncul di Asia Pasifik, dan berkongsi kisah-kisah asli bagi menonjolkan budaya dan sosial yang unik dari rantau ini kepada khalayak global. ”

Pengguna di Malaysia boleh menantikan rangkaian kandungan APAC yang luas yang akan datang ke Disney+ Hotstar pada tahun depan, termasuk "Ejen Ali Musim 3". Dalam musim terbaru siri animasi Malaysia yang dinanti-nantikan ini yang dihasilkan bersama oleh Primeworks Studios,Wau Animation dan Disney+ Hotstar, watak-watak siri berkenaan akan mengembara ke bandar futuristik Cyberaya dengan ejen rahsia dan melakukan misi yang mustahil.

Tambahan lagi, sorotan utama tajuk kandungan APAC baharu termasuk:

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Filem thriller aksi, Moving merupakan filem ulung dari Korea yang berdasarkan kartun web (webtoon) oleh Kang Full, yang mengisahkan bagaimana tiga wira remaja menemui kekuatan luar biasa mereka.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Snowdrop, siri melodrama romantik yang dibintangi pelakon Korea terkenal, Jung Hae-in dan Jisoo dari kumpulan BLACKPINK. Diilhamkan oleh penerbit di sebalik K-drama hebat 2019 “SKY Castle”, Snowdrop merupakan antara drama paling dinanti-nantikan tahun ini.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia
              
• Grid, siri baru bergenre misteri oleh pemenang anugerah, penulis Lee Su-yeon.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Eksklusif di Disney+ Hotstar dan di pawagam, BLACKPINK: The Movie merupakan sebuah dokumentari tentang kumpulan K-pop yang popular, bagi meraikan ulang tahun kelima mereka.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Rookies, drama siri romantik yang menelusuri kisah di akademi polis elit Korea, merupakan drama sulung idola K-pop Kang Daniel.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Drama Tokyo MER (Mobile Emergency Room) merupakan kolaborasi istimewa TBS yang bertemakan perubatan, dan dibintangi Ryohei Suzuki dan Kento Kaku yang mengungguli pelbagai anugerah.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• BLACK ROCK SHOOTER DAWN FALL merupakan ‘reboot’ animasi Jepun untuk BLACK★ROCK SHOOTER, suatu watak popular dengan peminat global yang telah membawa muzik, tokoh aksi, permainan dan animasi.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Summer Time Rendering adalah animasi Jepun yang berdasarkan salah satu tajukmanga teratas yang mempunyai lebih dari 130 juta jumlah kumulatif paparan halaman di aplikasi manga web Jepun Shonen Jump +.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• YOJOHAN TIME MACHINE BLUES (tajuk kerja) adalah siri animasi Jepun baru dan merupakan sekuel ke THE TATAMI GALAXY. Ini adalah karya terbaru oleh penulis pemenang anugerah Tomihiko Morimi dan Science SARU, sebuah studio produksi yang telah memenangi banyak anugerah antarabangsa.
Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Pada acara di Tokyo, Disney juga mengumumkan adaptasi anime yang telah dirancang "Twisted Wonderland", yang merupakan permainan mudah alih Disney yang sangat popular oleh Aniplex.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Diambil daripada filem hit yang bertajuk sama, drama bersiri komedi Susah Sinyal (atau Bad Signal) mengisahkan sekumpulan pekerja hotel yang menguruskan sebuah hotel resort mewah di Jawa Barat.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Di bawah visi kreatif pengarah yang memenangi anugerah Joko Anwar, dan dihasilkan oleh Screenplay Bumilangit, Bumilangit bakal melancarkan drama bersiri pertamanya.


Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• Memaparkan Chen Bo-Lin yang berbakat tinggi, “Small & Mighty” yang bertemakan penemuan diri, merupakan penampilan beliau dalam drama Taiwan sejak drama “In Time With You”.

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• “Delicacies Destiny” merupakan drama zaman Cina dan komedi romantik baharu yang bertemakan makanan, yang diilhamkan oleh penerbit veteran Yu Zheng susulan kejayaan “Story of YanXi Palace.”

Sumber Disney+ Hotstar Malaysia

• “Shipwreck Hunters” merupakan dokumentari Australia pertama Disney+ Hotstar yang bertumpu pada misteri kapal karam ikonik di garis pantai Australia Barat yang luas.

Program Pengalaman Kreatif APAC

Disney hari ini juga mengumumkan pelancaran “Program Pengalaman Kreatif APAC” oleh The Walt Disney Company, sebagai inisiatif pertama yang khusus bagi menyatukan ratusan pencipta terkemuka dari APAC dengan para pembuat filem dan pencipta filem Disney yang bertaraf dunia.Menerusi kelas pakar kreatif, forum diskusi dan aktiviti-aktiviti lain, Disney akan menjemput pencipta-pencipta terkemuka dari seluruh APAC untuk bertemu dengan para eksekutif dan pengamal kreatif terkemuka dari beberapa jenama dan studio utama syarikat.

“Kami berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada komuniti kreatif dan menyemarakkan industri kreatif Asia Pasifik, yang saya percaya bakal muncul sebagai hab kandungan dan media peringkat global,” kata Kang. “Kami dapat melihat bahawa bakat kreatif dan kandungan dari banyak negara APAC adalah bertaraf dunia, dan hanya akan menjadi lebih baik. Penceritaan Disney yang tiada tandingan merupakan asas pertalian istimewa kami dengan penonton. Jadi kami berharap dapat menawarkan pandangan berharga kepada bakat-bakat terkemuka di rantau ini tentang proses kreatif para pencerita yang terulung di dunia.”

Perkhidmatan penstriman berkenaan kini tersedia di Australia, New Zealand, Jepun, Singapura,
India, Malaysia, Indonesia dan Thailand, dengan pelancaran akan datang di Korea Selatan, Hong
Kong dan Taiwan pada November 2021.

Mengenai Disney+ Hotstar Malaysia

Disney+ Hotstar merupakan platfrom penstriman khusus untuk rancangan global dan Malaysia yang paling popular. Ia menyatupadukan filem-filem “blockbuster” Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah daripada Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan sebagainya, yang turut merangkumi tayangan perdana eksklusif dan “blockbuster” daripada studio-studio terkemuka di Malaysia. Tersedia pada peranti dengan sambungan internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan pengaturcaraan bebas iklan dengan pelbagai kandungan original dengan durasi biasa, aksi siaran langsung dan animasi, kandungan pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision, The Falcon and The Winter Soldier dan Loki, serta filem-filem seperti Avengers:Endgame, Aladdin dan Frozen 2. Disney+ Hotstar juga menampilkan penerbitan pawagam Malaysia dan barisan program popular tempatan yang luas, seperti J2: J Retribusi, Zombitopia,Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan sebagainya.

Mengenai The Walt Disney Company

The Walt Disney Company, serta anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya,merupakan syarikat hiburan dan media antarabangsa dan terpelbagai untuk seisi keluarga. Ia merangkumi Taman Tema, Pengalaman dan Produk Disney, Edaran Media & Hiburan Disney, dan tiga kumpulan kandungan — Studio, Hiburan Umum dan Sukan — memfokuskan kepadaperkembangan dan penghasilan kandungan untuk platform DTC, teater dan linear. Disney merupakan antara syarikat Dow 30 dan meraih pendapatan tahunan sebanyak $ 65.4 bilion pada Tahun Kewangan 2020.

Post a Comment

Previous Post Next Post