Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

SYAFIQ YUSOF KEMBALI DENGAN PENUNGGANG AGAMA 2

Filem Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta dalam masa pandemik melalui saluran berbayar Astro First yang ditayangkan pada 25 Mac yang lalu.Filem ini juga ditayangkan di pawagam Singapura.Ramai penonton yang memuji filem Islamik Seram ini semasa filemnya ditayangkan dan ada juga penonton yang melontarkan rasa tidak berpuas hati kepada filem tersebut.Kini Syafiq Yusof akan kembali dengan sekuelnya, Penunggang Agama 2 yang akan ditayangkan di Astro First bermula 19 Oktober 2021.



Masih menampilkan Zul Ariffin sebagai watak utama Ustaz Amir dan isterinya Anna (Azira Shafinaz) yang kembali didatangi jembalang dukun Tok Haji (Nasir Bilal Khan) yang tidak pernah berhenti menghantui mereka.Huda isteri kepada Tok Haji seperti kita lihat di pengakhiran filemnya yang pertama  mungkin hadir didalam teaser Penunggang Agama 2 ini untuk membalas dendam kepada keluarga Amir kerana telah membunuh suaminya.


Penunggang Agama 2 dibintangi oleh Zul Ariffin,Tony Eusoff,Azira Shafinaz,Nasir Bilal Khan,Salina Saibi,Jalaluddin Hassan,Johan Assari,Putri Qaseh & Anna Jobling.Jangan lupa langgan dan saksikan filem sekuel Penunggang Agama 2 ini di Astro First di pawagam rumah anda saluran 480 atau Astro on Demand,Astro Go bermula 19 Oktober 2021.

Tonton teaser trailer disini :
 

Post a Comment

Previous Post Next Post