Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement


Antlers bermula dengan kisah Keri Russell cikgu sekolah yang bernama Cikgu Julia yang gelisah tetapi tabah,bimbang tentang anak muridnya Lucas (Jeremy T Thomas). Lucas seorang yang terselamat daripada penderaan, dan menyimpan banyak rahsia dan tanda tanda didera. Tetapi ada sesuatu lagi yang Lucas sembunyikan, di ruang bawah tanahnya ialah "Wendigo". Rangka kurus dengan tulang yang rapuh, hitam arang dan berupakan tanduk rusa, makhluk jahat itu berasal dari cerita rakyat dan memakan daging manusia. Kanibal itu telah memilih mayat bapa Lucas, seorang penagih opioid yang tinggal di kalangan komuniti perlombongan Oregon, sebagai perumahnya.

Lucas sering dibuli disekolah , mentalnya juga terganggu dengan beban keluarga yang menghantui hidupnya dimana perasaan itu amat berat pada kanak-kanak sebesar dia yang baru saja 12 tahun dan menggalas beban yang berat terhadap diri sendiri dan ahli keluarganya.Mujur saja Julia turut membantu menyiasat latar belakangnya dan mencari tahu apa yang berlaku terhadapnya dan dialami ketika itu.Disini kita dapat bertapa kelam/gelapnya sisi hidup Lucas yang terpaksa berdepan dengan makhluk mitologi kuno Amerika yang digelar 'Wendigo' yang sudah menjadikan ayahnya sebagai perumah.Adik kepada Lucas juga turut dijangkiti wabak yang boleh berjangkit dari ayahnya.


Walau bagaimanapun, ANTLERS akhirnya telah mengigit bahagian bahagian yang mampu dikunyahnya dengan lebih banyak kerana sesetengah ceritanya terasa terlalu berat dan tidak terlalu ringan tapi masih boleh dinikmati penceritaanya yang tampil dengan kadar 'standard'.Dalam Antlers kita akan mengalami hal ketakutan yang semaksimal mungkin yang dibangunkan dengan baik di awal ceritanya.Kita juga akan meragui apa aktiviti yang dilakukan oleh Julia,Abang Julia dan Lucas.Misteri yang dibangunkan juga agak kemas sehingga dipertengahan ceritanya ianya sudah tidak lagi begitu 'diterujakan' dengan sisi seram dan 'pengarah pengarahnya' yang sedikit kecundang tetapi diselamatkan dengan lakonan yang baik dari para pelakon.Dari segi ketakutan yang dialami penonton ada sedik permasalahan,dimana makhluk itu mengerikan, tetapi dengan satu atau dua pengecualian, serangannya sangat dibuat-buat dan diulang-ulang  sehingga kita jarang terkejut.

Oregon, di mana penduduk tempatan bergelut dari segi ekonomi.Kami juga mengetahui bahawa Julia telah mengalami trauma zaman kanak-kanak sendiri yang cukup untuk mengenali dirinya didalam tubuh Lucas, dan Abang Julia perlu berdepan dengan kes siasatan yang dianggap pelik , tetapi masih dianggap remeh/temeh olehnya.Naratif ceritanya sedikit janggal disini kepada watak Greene berada dalam zon eksposisi yang selesa tapi ianya nampak bercanggah dengan jala cerita yang ditampilkan.Persembahan yang baik dari para pelakon terutama Jeremy sebagai Lucas yang sangat bermain emosi dan mewujudkan karakter fatalisme dengan baik.Sudah pasti kisah hidup Lucas disini akan diminati kerana berdepan isu isu yang tidak baik dan membuatkan dia terpaksa menanggung beban kegoyahan keluarganya.Kelemahan penulisan dan pengarahan yang sedikit mengelirukan dan terumbang ambing membuatkan Antlers sedikit gagal dalam perlaksanaan keseluruhannya ,tetapi masih memberi sebuah sinematik yang menarik & juga seharusnya lebih banyak isu menarik dipertekankan di dalamnya.Walaubagaimanapun ,Antlers masih sebuah filem seram yang menghiburkan dan berpotensi walaupun sedikit kepesongan oleh pengarahnya.

Rating 7/10




Post a Comment

Previous Post Next Post