Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

 

Sumber : Da Huang Pictures

Semalam berkesempatan menonton filem terbaru dari Tan Chu Mui setelah 10 tahun ,dia kembali mengarah sebuah filem aksi perjalanan kerohanian yang bertajuk Barbarian Invasion.Terima kasih kepada Abang Muzzamer Rahman kerana telah memberi peluang untuk menontonnya di pawagam klasik Malaysia,Lotus Five Star (LFS) Cinema,Coliseum Kuala Lumpur.

Sumber : Da Huang Pictures

Barbarian Invasion mengikuti kisah seorang ibu yang bernama Moon (Tun Chui Mui) seorang artis terkenal tetapi sekarang sudah tidak popular lagi oleh kerana krisis rumah tangga menyebabkan dia hilang keyakinan diri bersama seorang anak lelaki yang hiperaktif bernama Ye Zhou (Nik Hadiff Dani).Moon  dia mengambil peluang untuk bekerja kembali dengan rakan lamanya seorang pengarah filem bernama Roger Woo (Peter Teo).Kali ini, dia diminta untuk membawa watak dalam filem seni mempertahankan diri aksi menggunakan aksi lasaknya sendiri. 

Review

Moon (Tan Chui Mui) seorang ibu yang kembali untuk mencari keyakinan diri menerusi filem yang  akan dilakonkannya. Dia perlu memasuki kelas aksi pertahankan diri bersama Master LOH (James Lee).Disini dia banyak mempelajari ilmu tentang kehidupan.Sehingga satu babak dia menanyakan "Apakah DIRI SAYA".?Bermulalah babak-babak yang menunjukkan proses dia mencari jati dirinya yang sebenar.Di awalnya kita akan dapat melihat perubahan perwatakkannya yang akan membezakan ketika dia "gusar" perlu memilih pekerjaan atau dia perlu menjaga anaknya Ye Zhou yang seolah-olah memberi kekacauan dalam hidupnya.Disini menunjukkan karakter Moon sudah diceraikan oleh bekas suaminya Juillard (Bront Palarae) sebelum kita diperlihatkan karakter itu menjadi Adnan (Bront Palarae) didalam filem yang dilakonkan oleh mereka.Watak Moon sendiri akan menunjukkan apa yang berlaku kepada sebuah keluarga yang mempunyai krisis, bersama seorang anak, adakah kerohanian dan fizikal,mental mereka akan tetap stabil ataupun tidak.Begitu juga emosi dan tekanan yang dirasakan oleh ibu ibu.Bertapa pentingnya untuk menjadi karakter Moon untuk sentiasa lebih tabah dan kuat menguasi situasi yang sulit diperincikan satu persatu.

Lakonan pengarah dan penulisnya sendiri Tan Chui Mui sebagai Moon seolah olah membawa penonton masuk kedalam dunia ceritanya sendiri seperti dokumentari, menjelaskan perjalanan dia sebagai seorang ibu, seorang artis didalam industri filem dan membawa kita menyelami dunia industri perfileman dimana watak Moon dan pengarah filem Roger Woo menyelitkan percakapan tentang bagaimana nak membuat filem yang original, kenapa meniru orang punya dan bagaimana ingin mengubahnya itu benar - benar terjadi dalam realiti perfileman,bukan itu sahaja banyak lagi telur paskah/easter egg yang di tampilkan dalam filem ini seakan -akan mengkritik bukan sahaja dari segi isu dalaman seseorang dan sifatnya, tapi juga mengkritik industri perfileman.Kita dapat melihat watak watak krew disebalik tabir didalam filem ini cuba melontarkan suara mereka susahnya berada didalam industri ,bertapa sakit dan peritnya untuk untuk membuat kerja - kerja kreatif , ada juga yang melakonkan watak sebagai pelakon dimana pelakon perlu menjadi dirinya di set.Tidak hanya itu Moon juga menunjukan proses jati diri dia yang sebenar dengan cantik dan baik dimana dia bertemu sami yang memberitahunya segala hal-hal keperitan yang dia akan alami,disini juga diselitkan babak paling terpopular dalam Matrix berkaitan pil biru dan merah yang paling memorable dalam Barbarian Invasion.Di penghujung cerita kita disatukan oleh sebuah kehidupan jasmani,rumor yang disatukan dalam diri pembuat  filem di belakang tabir termasuk karakter Moon yang sedang goyah berdepan dengan konflik keluarga.

Uniknya Barbarian Invasion adalah penonton akan menonton sebuah filem aksi mempertahankan diri ala komersial tapi disaluti dengan pelbagai seni metafora yang kuat apabila sampai ke pertengahan ceritanya.Walaupun dibaluti tebal soal meta penonton masih boleh lagi menontonnya dengan seronok sehingga ke penghujung cerita kerana disuntik dengan elemen aksi yang memuaskan, komedi dan drama yang seimbang.Barbarian tidak memerlukan genre yang tetap untuk menjadi sebuah filem kerana apa yang kita tonton adalah sebuah filem ditulis dengan cantik, dan semuanya hanyalah filem.Tapi jawapan dari persoalan kita temukan mungkin akan keliru dan menyakitkan.Oleh itu Barbarian Invasion tidak memerlukan dana yang banyak untuk menjadi sebuah filem aksi yang mantap cukuplah dengan dana yang sederhana tapi dapat memberi sebuah naskah ceritera yang unik dan baik dalam penyampaiannya.Tidak memerlukan aksi letupan bagai nak rak cukuplah fight sequence yang memacu adrenaline dan satu dua elemen aksi yang cekap diambil dengan baik.Para pelakon dalam filem ini memberikan satu nuansa lakonan yang kemas dan berenergetik.

Sumber : Da Huang Pictures

Filem ini dibintangi oleh Tan Chui Mui, Bront Palarae,James Lee,Pete Teo,Nik Hadiff Dani dan ramai lagi.Jika ada masa terluang tontonlah BARBARIAN INVASION di pawagam LFS COLISEUM,KL.Tiket boleh beli di shopee.

Rating : 8/10 

Post a Comment

Previous Post Next Post