Looking For Anything Specific?

Responsive Advertisement

Review Internasional

Responsive Advertisement

KESINAMBUNGAN YANG KURANG BERPOTENSI


Awalnya kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Astro Shaw telah memberi kepercayaan dan peluang untuk menjadi yang terawal menonton filem Penunggang Agama 2 kesinambungan dari filem pertama yang telah meraih RM3 juta.Filem arahan Syafiq Yusof ini akan ditayangkan di Astro First pada 19 Oktober 2021.

Penunggang Agama 2 kembali membawa dendam lama Huda (Salina Saibi) isteri kepada Tok Haji (Nasir Bilal Khan),yang ingin membalas dendam kepada keluarga Ustaz Amir (Zul Ariffin) terhadap kematian suaminya,serta menuntut janji antara dia dan isteri Ustaz Amir,Anna (Azira Shafinaz).Oleh kerana itu, kembalilah gangguan iblis Tok Haji yang menyelebungi keluarga tersebut.Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin,Azira Shafinaz,Putri Qaseh,Tony Eusoff dan ramai lagi.


Konflik dendam di penghujung filem pertama dipikul dan dipersembahkan dalam filem kedua,melalui watak Huda isteri kepada Tok Haji yang muncul kembali dan cuba memecah belahkan keluarga Ustaz Amir serta ingin menyesatkan Ustaz Amir dengan muslihat ajaran sesatnya.Penunggang Agama 2 bermula dengan sosok Ustaz Amir dan isterinya Anna yang dalam keadaan baik ,dikenali sebagai Ustaz & Ustazah dan mengubat orang yang terkena gangguan makhluk halus.Sejujurnya kami meminati filem-filem Syafiq Yusof yang sebelumnya,tapi untuk Penunggang Agama 2 ini terlihat seolah-olah ada kekangan/halangan yang menghalang imaginasi beliau untuk menceritakan sesuatu yang luar biasa kedalam sambungan ini.

Diawalnya penceritaan yang sedikit mendatar dan kelam kerana tidak memberikan perkembangan yang penting atau berkaitan terhadap ceritanya dan membuatkan ianya terasa kosong sebelum karakter Huda muncul dengan adegan menggangu keluarga Ustaz Amir,dengan berpakaian serba hitam dan memukau untuk memerangkap Ustaz Amir sesuai seperti rancangannya.Disini kita dapat lihat kewujudan Hantu Tok Haji yang kembali menghantui keluarga tersebut tidak lagi 'mengerunkan' kerana ianya sudah berulang kali digunakan 'jumpscare' seperti ini di filem pertama.Kurang rasa seramnya,kerana Penunggang Agama 2 tampil dengan babak intense dimana gangguan itu berlaku didalam lingkungkan minda seseorang.Jadi Huda dan iblis Tok Haji menggangu Ustaz Amir & anaknya yang boleh melihat sesuatu ketika tidur melalui mindanya.Adegan yang menarik apabila watak Ustaz Amir berdepan dengan makluk halus dibawah kain itu selepas ditarik ianya 'kosong'.Skripnya pula seperti melakonkan setiap adegan dengan menggunakan skrip 'sendiri' oleh para pelakonnya.


Diteruskan lagi perubahan karakter Ustaz Amir yang secara tiba - tiba dari seorang ustaz yang ingin membantu orang dalam kesusahan kepada seorang ustaz yang gila kuasa dan kekayaan oleh kerana buatan Huda.Disini kita dipertontonkan dengan jelas Ustaz Amir dipergunakan untuk dimasukkan kedalam perangkap yang dicipta oleh musuhnya.Perhubungan Ustaz Amir & Anna mulai goyah, Ustaz Amir yang terus hanyut dalam kekayaan duniawi, dan gila pangkat  berlaku juga kes kehilangan kanak-kanak yang belajar mengaji bersama Anna.Ketika situasi sulit dan getir hadir pula seorang Paderi bernama Father Michael (Tony Eusoff) yang ingin turut membantu kes kanak-kanak hilang.Disini Ustaz Amir menganggapnya seperti persaingan dan berusaha ingin memberhentikan Father Michael dari teruskan pencarian.Wujudnya karakter Father Michael disini hanya ingin mewujudkan rasa 'iri hati' Ustaz Amir yang sudah termakan pujuk rayu 'syaitan', yang kurang latar belakang kewujudan karakternya yang ada secara tiba-tiba seolah olah ditambah untuk membantu karakter Ustaz Amir ini bergerak.Sudah tentu saja karakter paderi ini tidak lagi terasa penting, kerana ianya hanya 'tumpangan' kepada muslihat Huda yang ingin melihat Ustaz Amir sesat.


Tony Eusoff sebagai paderi Father Michael agak menyakinkan sayangnya karakter ini tidak ditulis dan dibangunkan dengan baik.Sama juga dengan penceritaanya yang hanya berpandukan dendam semata - mata yang tiada alasan lebih muhasabah untuk dibangunkan kedalam penceritaanya.Disini kita dapat lihat pengolahan Syafiq untuk menceritakan ceritanya "kurang menarik'lagi lagi dipenghujungnya kita akan dapat lihat pertembungan antara mereka yang baik bersama syaitan menggunakan konsep yang sama dan kerap kali digunakan dalam filem pertama ,Munafik 1 & 2 dan kurang memuaskan.

Beberapa babak dalam filem ini membuakan kita terasa filem ini cuba mengetengahkan ekseperimental terhadap nuansa seram yang menggunakan hijab/minda yang digabungkan dan boleh kita masuk ke dunia lain seperti Insidious, lakonan Zul Ariffin yang agak menyakinkan sebagai orang yang terpesong landasan kerana Iblis, watak Azira Shafinaz wujud untuk memberikan sokongan kepada watak Ustaz Amir dengan baik.Apapun Penunggang Agama 2 mempunyai intipati yang kurang memuaskan , boleh dikatakan adegan 20 minit terakhir cerita saja yang menarik perhatian untuk ditonton.

Sekiranya anda meminati filem seram penuh kejutan/jumpscare atau suka melihat Zul Ariffin & Azira Shafinaz berlakon, dan juga suka filem seram islamik yang dipenuhi pengajaran dan ayat Al-Quran yang akan menghiburkan setiap detik waktu anda dipersilakan tonton PENUNGGANG AGAMA 2 di Astro First bermula 19 Oktober 2021.

Rating : 5/10


Tonton trailer Penunggang Agama 2 disini ;

Post a Comment

Previous Post Next Post