Sumber : GSCMOVIES
Sinkhole menceritakan tentang seorang pekerja pejabat biasa Dong-won (KIM Sung-kyun) dan keluarganya berpindah ke rumah yang dibelinya selepas bertahun-tahun menyimpan duit. Terharu dan terlalu gembira, dia menjemput rakan sekerjanya ke pesta perasmian rumah, tetapi hujan lebat semalaman membawa mereka kedalam lubang yang terbenam sangat besar jauh kedalam sekaligus menelan seluruh apartmen dan orang di dalamnya dalam masa 1 minit. Beratus-ratus meter di bawah lubang, Dong-won, jirannya Man-su (CHA Seoung-won), dan tetamu pesta pindah rumah yang malang mesti mencari jalan keluar. Hujan mula turun, memenuhi lubang dengan air, ianya mengambil sedikit masa untuk mereka mencari jalan kembali ke permukaan.Terima kasih kepada GSCMOVIES telah menjemput kami untuk menonton sebuah filem bencana komedi yang menghiburkan ini.
Sumber : GSCMOVIES
Review :
Sumber : GSCMOVIES
Sumber : GSCMOVIES
Bukan mudah untuk membuat filem bencana yang bertemakan komedi keranya ianya perlu diseimbangkan dengan pelbagai lagi mood yang dinaikkan dalam filemnya.Tetapi 'Sinkhole' berani menggalas kesemuanya dengan seimbang.File, bertemakan bencana dari Korea Selatan, pastinya ianya dibangunkan dengan serius dan naratif untuk filem ini digerakkan dengan cukup kemas seiring dengan ceritanya.Pengarah Ji-hoon pandai mengalihkan emosi penonton di setiap adegan dan ianya diambil dengan lebih jelas dan terperinci dimana kita dibawa untuk menyelami adegan-adegan 'signifikan' bagaikan petunjuk dari bola guli yang bergerak atas lantai yang terlihat rata/condong.Kerekahan jalan,keburukkan struktur bangunan yang dibangunkan dengan baik.Bukan itu sahaja pencahayaan yang baik untuk setiap situ diluar didalam rumah serta permainan warna yang cantik pada adegan didalam tanah yang terbenam.Sudah pastinya wajib menonton 'Sinkhole' di pawagam untuk memberikan satu pengalaman yang menarik supaya kita dapat merasakannya sama seperti karakter didalam filem tersebut, dengan sound sytem pawagam yang unik akan memberikan kita pengalaman yang berbeza.Bukan itu sahaja,kejadian ini adalah sesuatu yang sangat menyayat hati, tetapi diulit dengan kegagahan diri mereka untuk memperbetulkan kesilapan dan berusahan untuk menyelamatkan diri yang 'intense'.Jika anda belum menontonnya sila tonton di pawagam berhampiran sekarang.
Rating 7/10
Post a Comment